SharpShooter Followers


Saturday, December 04, 2010

Gantung tanpa bela diri bukti dakwaan apco itu benar

ai-apco1PETALING JAYA 3 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ura-ura Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang bermesyuarat hari ini untuk menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat satu tindakan yang melampau, memeranjatkan serta tidak wajar dibiarkan berterusan.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah berjanji untuk memberikan perbicaraan yang adil serta dibenarkan membela diri dengan hujah dan bukti beliau.

"Apabila saya dirujuk ke jawatankuasa itu, Speaker berjanji perbicaraan adil dengan segala dokumen dibenatngkan dan saya akan dibenarkan membela diri dengan fakta-fakta.

"Namun, sekarang, ini tidak dilakukan. Ini adalah ketidakadilan dan satu titik hitam dalam sejarah Parlimen kita dan di antara Kesatuan Antara Parlimen.

"Jawatankuasa hak akan memanggil sesiapa yang perlu, dokumen yang penting baru bawa rekomendasi. YB Ipoh Timur, Kit Siang bangkit lagi bersama Balik Pulau dan lain-lain. Ini jawapan Speaker.

"Bila seorang itu dirujuk, ahli yang berhormat demikian akan dipanggil oleh jawantankuasa mengemukakan keterangan," jelas beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang tadi.

Menurutnya, terdahulu beliau hadir ke mesyuarat jawatankuasa pada 8 Jun lalu dan kemudian ditangguhkan tanpa pihaknya memberi sebarang jawapan lisan pada prosiding tersebut.

"Saya sehingga hari ini tidak dipanggil walaupun dalam agenda mesyuarat, saksi dipanggil dan dalam keterangan di parlimen bila diulang kerana usul itu bunyinya dihukum," kata Anwar.

Tindakan pengantungan itu mula dibincangkan dikalangan anggota Dewan Rakyat Barisan Nasional setelah Anwar mendedahkan semasa perbahasan Parlimen Mac lalu berhubung hubungkait konsep 1Malaysia yang dicernakan oleh firma komunikasi pro Zionis Israel, Apco Worldwide yang juga mencipta konsep One Israel untuk Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

"Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini bahawa Apco itu begitu berkuasa. Satu surat dia boleh batalkan keterangan saya dan semua dokumen yang akan saya kemukakan.

“Saya siapkan bersama Puan Ambiga dan kakitangan semua dokumen termasuk perjanjian Apco dengan Myteams, 4 Ogos 2009. Saya siapkan beberapa dokumen lain untuk dibentangkan dan beberapa keputusan yang penting tentang kedudukan syarikat berkenaan. Tapi jawatankuasa parlimen menafikan hak saya sebagai ahli parlimen yang tertuduh.

"Saya bukan sahaja kesal tetapi membantah cara yang sedemikian menghina Parlimen dan mengaibkan kedudukan dan kemuliaan Parlimen," tegas Anwar.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang turut hadir pada sidang media itu berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah bermesyuarat hari ini tanpa agenda khusus di mana sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dibincangkan.

"Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya.

"Turut hadir adalah Ahli Parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?” katanya.

Mendengar respons sedemikian dari Razali, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama Sivarasa mengambil keputusan mesyuarat tersebut sebagai tanda protes.

Ditanya bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap langkah jawatankuasa tersebut, Karpal menjelaskan setakat ini beliau belum mendapat maklumat terkini mengenai mesyurata itu dan akan menunggu keputusannya kelak.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai Pandikar Amin, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh, Sivarasa, Nancy Shukri, Chan Onn dan Razali.

Parlimen akan bersidang semula untuk sesi baru bermula 7 mac 2011.

Sharpshooter - Baru ku tahu rupanya gantung tanpa bela diri rupanya tindakan ala APCO :-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/