SharpShooter Followers


Friday, December 17, 2010

Anwar - bukti APCO nasihat Najib

PETALING JAYA 17 DIS: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berkenaan kekecohan di Parlimen semalam apabila usul meminta Speaker menarik diri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu yang dibangkitkan.

"Tapi operasi mereka sebelum itu adalah Myteam. Malaysian Insider beri keterangan jelas wakil Apco menasihat Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian," kata Anwar.

Turut Hadir ialah Karpal Singh, Datuk Mahfuz Omar, Dr Syed Husin Ali, Dr Lo'Lo Ghazali, Tian Chua, R Sivarasa, Yusmadi Yusuf dan Datuk Johari Abdul.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit.

Jelas Anwar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dihukum kerana sentuh surat Apco. Dia tidak menyiarkannya pun. Apa apco ini? Dewata raya ka? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," kata Anwar.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/