SharpShooter Followers


Monday, December 20, 2010

b-end gagal lagi

PAS mendakwa harapan pemimpin Umno dan BN melalui medianya mengadu domba supaya konvensyen Pakatan Rakyat gagal tidak berjaya.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, sebaliknya konvensyen BN 5 Disember lalu, parti komponen mereka bergaduh mengenai Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan.

"Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus," katanya hari ini.

Menurutnya, konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Katanya, cadangan konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan," tambahnya.

Idris mendakwa, pemimpin BN akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat.

Katanya, inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat.

"Mereka hanya begitu kreatif macam mana untuk (mengisi) perut mereka dan keluarga mereka.

"PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir.


" Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008," ujarnya.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Sharpshooter - Mohon maaf banyak kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang menelefon, sms, twitter, fb dan sebagainya kerana sharpshooter tidak berada di P.Pinang tetapi berada di Langkawi kerana menghadiri kenduri sepupu di sana.

Perjuangan tetap diteruskan....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/