SharpShooter Followers


Wednesday, December 01, 2010

Rumah selesa melegakan 60 buah rumah Teluk Kumbar

Syarikat pemaju perumahan, KL Metro Group telah bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan kira-kira 60 buah rumah penduduk di Telok Kumbar, Pulau Pinang apabila mencapai persetujuan dalam perbincangan dengan wakil penduduk, Yusmadi Yusoff baru-baru ini.

Menurut Yusmadi yang merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau, persetujuan penangguhan tersebut berjaya dicapai setelah pihak pemaju bersedia menawarkan kediaman lebih selesa kepada para penduduk terbabit.

Isnin lalu, sebuah jentolak dan pekerja-pekerja syarikat pemaju dengan dipantau oleh pasukan keselamatan bersedia memulakan kerja-kerja meroboh rumah-rumah yang didiami penduduk sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi.

"Saya telah berbincang dengan penduduk-penduduk yang terlibat terlebih dahulu dan ternyata mereka lebih gembira jika ditawarkan kediaman yang lebih selesa," kata beliau.

"Perbincangan antara saya yang diberi mandat oleh penduduk di situ dengan pemaju akhirnya telah mencapai persetujuan agar penduduk-penduduk di kawasan itu diberikan rumah yang selesa.

"Pada masa ini, kami dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk penduduk-penduduk yang telah menduduki kawasan ini semenjak zaman nenek moyang mereka lagi, lebih 100 tahun," kata beliau.

Yusmadi juga memberitahu, beliau sebagai wakil rakyat penduduk kawasan itu mengambil pendirian untuk tidak menolak arus pembangunan di kawasan itu tetapi menolak pembangunan yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.

‘Muafakat pembangunan’

"Saya mengalu-alukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi hendaklah melibatkan masyarakat setempat, tidak membelakangkan dan apatah lagi memangsakan mereka. Ini yang saya namakan ‘muafakat pembangunan’," katanya lagi.

Beliau juga berterima kasih kepada pemaju yang mahu mendengar rintihan penduduk Telok Kumbar di sini dan bersedia untuk menawarkan kediaman selesa berbanding pampasan RM30,000 yang ditawarkan sebelum ini.

"Saya berterima kasih dan menghargai pemaju yang mahu mengambil kira nasib penduduk-penduduk Telok Kumbar ini dan pemaju lain juga harus lebih prihatin dengan nasib masyarakatnya berbanding keuntungan semata-mata.

Selain itu beliau turut memberitahu, Undang-undang Tanah Negara perlu dikaji semula bagi mengelak kejadian-kejadian seumpama ini berlaku lagi.

"Di negara ini, apabila mahkamah membuat keputusan, dengan sekelip mata boleh dianggap penceroboh walaupun mereka telah mendiami rumah itu semenjak zaman berzaman," ujar beliau.

Disamping itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan isu ini diputar-belitkan oleh media arus perdana pro Umno-Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri seperti yang kerap terjadi sebelum ini.

Selain sebagai Ahli Parlimen muda dari Parti Keadilan Rakyat yang berpandangan jauh, beliau juga merupakan seorang peguam yang lebih senang dikenali sebagai ‘pemudah cara masyarakat’ lantaran aktivitinya memberikan khidmat nasihat tentang perundangan kepada masyarakat.

Sharpshooter - Teluk Kumbar terletak dalam KADUN Bayan Lepas, wakil rakyatnya adalah umno YB Syed Amerudin.

Sewaktu b-end berkuasa di P.Pinang, tahun 2006 ,YB Syed Amerudin adalah seorang Exco Perumahan.

Ketika itu penduduk Kg Nelayan Sg Batu telah diarahkan pindah dan yang paling menyayat hati mereka diusir ketika mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ikuti beritanya di sini

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/