Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB Yang DiPertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.
SYABAS sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEOnya Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.
Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.
SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurang-kurangnya 50 orang 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak diingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan BERSIH, kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan membantu dan bergabung dengan mereka.
SAMM menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.
Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.
Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Disember 12 tengah hari itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.
SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke atas keprihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kepada bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.
Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana untuk rakyat mohon menghadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa Raja Melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.
PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan Masjid Negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.
Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah, belon merah, payung merah pendek kata serba merah.
Jumpa di sana.
che'GuBard
Penyelaras/pengasas SAMM
Chegubard meneruskan perjuangan bersama rakyat, selepas ceramah di Penang, beliau berceramah pula di Selangor. Ikuti ucapan ceramah Chegubard di Selangor.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago