SharpShooter Followers


Friday, December 10, 2010

Roboh surau budaya umno

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah pada seluruh umat Islam didunia.. Dikala kita melepasi hari pertama tahun baru dengan penuh kesyukuran, masih ada yang masih sugul dan bingung tatkala masalah yang manusia timbulkan.

Tarikh 26 Mei 2005 dan 30 November 2006 merupakan tarikh keramat buat mereka yang caknakan suburnya Islam di Malaysia. Dua peristiwa yang takkan dilupakan penduduk Kg. Bujal, Kemaman dan Kg. Berembang, Ampang : Surau kampung mereka dirobohkan. Atas alasan-alasan yang nampak seperti diadakan, kerja-kerja pembantaian tetap dijalankan oleh PBT bahkan ditolong oleh pihak polis.

Saya berbangga dengan penduduk kedua-dua kampung tersebut yang bermati-matian mempertahankan rumah Allah dari dizalimi tangan-tangan kotor rejim pemerintah. Mahasiswa turut sama menyatakan pendirian dan mengerahkan keringat menjadi benteng terakhir rumah Allah tersebut. Bahkan Presiden GAMIS ketika itu, Tarmizi Mohd Din antara sosok paling hadapan membawa suara rakyat Kg. Berembang sehingga beliau ditangkap polis.

Seperti yang dijangka, surau-surau tersebut tetap menyembah bumi, tewas pada jentolak. Namun, apa yang dibanggakan, peluh dan darah marhain yang tumpah mempertahankan rumah Allah tersebut.Nah, bukti kecintaan pada Allah dan Islam dizahirkan.

Di Berembang ada yang pengsan dan dipukul. Bahkan ada yang merantai diri di dalam masjid. Ini bukan tribulasi baru bagi Islam. Di Palestin fenomena ini telah berlaku. Dan hingga kini rejim zionis merancang menghancurkan Baitulmaqdis. Kisah rumah Allah cuba dirobohkan bermula saat lahirnya Rasulullah. Tidak Asing lagi bagi kita dengan nama Abrahah dan burung ababil.

Dan kini nasib sama menimpa Surau al-Falah, Kerinchi. Di atas sebab-sebab yang samar. Katanya pembangunan tapi entah apa yang ingin dibangunkan. Persis di Kg. Berembang, kononnya tanah tersebut akan dimajukan lantas rumah penduduk dan surau dirobohkan sebelum perbicaraan tentang hak tanah tersebut selesai di mahkamah. Lagi menjengkelkan bila keputusan mahkamah nyata memihak kepada penduduk kampung. Jawatankuasa Surau al-Falah telah diberi tarikh sehingga 9 Disember untuk kosongkan surau sebelum dilunyai kuku besi sang rejim. Ada penduduk mendakwa ianya kerana aliran politik yang berbeza dan keberadaan surau berkenaan tidak memberi manfaat kepada kerajaan bahkan mengancam mereka. Sudahlah syariat Islam dipandang sunyi, syiar Islam juga diinjak-injak. Inilah padahnya bila 'raja' tanpa takhta memerintah.

Kali ini saya cuba mengajak pembaca sekalian untuk mengambil ibrah dari kalam Allah yang Maha Suci. Di mana keyakinan kita pada surah al-Fiil? Benar, mereka yang memusuhi Allah bakal dilaknat. Bukan kerja kita untuk melaknat mereka tapi tanggungjawab kita menjulang tinggi keizzahan Islam.

Allah boleh sahaja menghantar Ababil ke Kerinchi kerana Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Tapi perlu diteliti dan ditelusuri lanjut apakah kita sudah mencukupi syarat untuk didatangkan nusrah langsung dari ALLAH. "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan." Berkata seorang sahabat: "Adakah kerana jumlah kita yang sedikit?" Rasulullah menjawab: "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat bertanya: "Apakah dia al-wahan?" Rasulullah bersabda: "Cintakan dunia dan takutkan mati!" (riwayat Abu Dawud)

Sangat bimbang andai al-wahan makin sebati dalam hati kita. Buktinya nyata kini, umat islam sekitar Lembah Klang bagai tidak endah bahkan tidak tahu langsung isu al-Falah ini. Satu ujian dari Allah terhadap janji setia yang senantiasa dilafazkan kita. Kita berjanji akan hidup dan mati kita untuk Islam setiap kali solat namun masih ada keraguan akan ketetapan Allah. "(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya." (al-anbiya')

Ayat diatas berkisar kisah keberanian Nabi Ibrahim berdada dengan thagut penyembah berhala. Keberanian Baginda memecahkan berhala-berhala sembahan Namrud dan penduduk Babylon ketika itu. Di dalam ayat di atas Allah Taala menyebut perkataan 'anak muda' kepada Nabi Ibrahim. Ini kerana anak muda adalah golongan yang paling hadapan dalam menegakkan kebenaran serta ejen perubahan.

Cukuplah kita selaku anak muda yang menjadi 'ababil' mempertahankan rumah Allah dari serangan Abrahah moden. Saya menyeru seluruh anak muda dan seluruh umat Islam untuk menyatakan kebersamaan kita kepada penduduk Kerinchi dalam mempertahankan rumah Allah.

Juga ucapan tahniah dan syabas kepada Komuniti Mahasiswa Kerinchi yang berpatisipasi penuh dalam usaha menggagalkan perancangan merobohkan rumah Allah ini. Juga kepada PMIUM, PERMADAH UM, PMKUM, PERMAS dan PKPIM yang turut bersetuju untuk memjadi suara rakyat dalam mempertahankan surau al-Falah. Ayuh, biarlah keberadaan kita dirasai! Lupakan Politik seketika.. Tegakkan maruah agama! - sumber FB Orenji Ren Oren

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/