Misi untuk menawan 11 Dun UMNO di P.Pinang terus dipergiatkan.
Minggu lalu Ketua Menteri telah merasmikan Pusat Khidmat Penyelaras DUN. Berita lanjut di sini.
Pusat Khidmat Penyelaras Dun Telok Air Tawar telah mengambil langkah proaktif dengan membuka kaunter di Dewan Panorama kawasan rumah pangsa Taman Tun Dr Awang, Pantai Bersih.
Kawasan ini adalah kubu kuat UMNO dan BN. Amk dan Wanita Keadilan telah berjaya menembusi dan menerokai kawasan tersebut.
Kaunter Daftar Pemilih SPR dan Daftar Warga Emas mendapat sambutan penduduk tempatan.
Maklumat yang diterima, ada warga emas yang telah pergi mendaftar warga emas di Pusat Khidmat Adun Telok Air Tawar YB Jahara tetapi hingga sekarang masih belum menerima wang RM100.00.
Ye lah nak dapat duit macamana, YB UMNO mana ada bagi duit pada rakyat, hak rakyat depa sapu lagi adalah.
Setelah diberi penerangan barulah warga emas faham, rupanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang menghargai warga emas dan memberi RM100.00 bukannya UMCO dan BN.
Saudara Solihin Ketua AMK Tasek Gelugor dan Puan Norsiah Ketua Wanita Keadilan Tasek Gelugor sibuk melayan tamu dan pengundi yang hadir.
Satu Pasukan Khas N06 Dun Teluk Air Tawar telah ditubuhkan bagi memastikan misi menawan Dun Teluk Air Tawar menjadi kenyataan..InsyaAllah..
Inilah banglo YB Jahara Adun Teluk Air Tawar.
Adakah Melayu P.Pinang terpinggir? Jawapannya ya tetapi tidak bagi wakil rakyat UMNO P.Pinang.
Sharpshooter akan terbitkan gambar 11 rumah wakil rakyat UMNO.
Syabas diucapkan pada AMK dan Wanita Tasek Gelugor. Teruskan usaha anda.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago