SharpShooter Followers


Thursday, February 16, 2012

Saifuddin serah memorandum esok ke TV3 isu Anwar - Israel

ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)
17 FEBRUARI 2012

Anwar Ibrahim Club (AIC) memandang serius tentang serangan media oleh Media Prima Berhad yang keterlaluan dan berat sebelah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Negara Israel yang begitu bersungguh-sungguh dimainkan oleh Buletin Utama, TV3.

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Maka esok, 17 Februari 2012 jam 11.00 pagi, AIC akan menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad di Sri Pentas,No. 3 Persiaran Bandar Utama,Bandar Utama,47800 Petaling Selangor Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas kami berhubung perkara ini.

Dijemput, rakan-rakan yang mendukung kebebasan media bagi sama-sama hadir ke penyerahan memorandum ini. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


GENERASI PENGGERAK ZAMAN


Saifuddin Shafi Muhammad

Presiden

Anwar Ibrahim Club (AIC)

Sharpshooter - Tahniah Saifuddin Shafi di atas perlantikan sebagai Presiden yang baru...lawan tetap lawan..


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/