SharpShooter Followers


Monday, February 20, 2012

Jingga 13 P.Pinang mahu siasat 'misteri' ceti tanah Kg. Binjai

Jingga-13 Pulau Pinang hari ini menyuarakan rasa ragu mengenai dokumen tanah Kampung Binjai yang kononnya milik pemaju Duta Palm Sdn Bhd.

Ketua Koordinatornya, Amizudin Ahmat berkata demikian sebagai reaksi keputusan Mahkamah Syeksyen George Town hari ini menolak saman Duta Palm ke atas penduduk kampung berkenaan atas alasan penama tanah tersebut bukan milik mutlak pemaju.

Tanah yang didedah milik bersama Duta Palm dengan seorang Ceti dari Chennai, India seakan mula dilihat 'misteri'.

"Jingga 13 Pulau Pinang akan siasat kesahihan dokumen yang dibuat pada tahun 2007.

"Kalau tanah Kampung Binjai itu milik pemaju (serta) didakwa bukan milik bersama dengan seorang Ceti bukan kerakyatan Malaysia, mengapa mahkamah menolak permohonan saman oleh pemaju," ujar beliau.

Justeru beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa wujud penyelewengan di sebalik dokumen tanah tersebut kerana perjanjian (dokumen) itu dilakukan pada tahun 2007, iaitu era Barisan Nasional memerintah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pengendali blog sharpshooterblogger.blogspot.com berkata berkata pihaknya turut merancang untuk mengadakan satu perjumpaan antara komuniti Melayu yang terbabit dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Hj Othman.

"Sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kita akan cuba jadi orang tengah untuk bawa Datuk Mansor jumpa dengan penduduk terbabit di Kampung Binjai (dekat Bayan Lepas) pada Isnin, 27 Februari sekitar jam 6.00 petang," ujar beliau.

Selain Amizudin, sidang akhbar tadi turut dihadiri 3 komrad lain, Mohd Iskandar Sabri, Khusairi Che Ros dan Amir D'Perbatasan.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff (PKR) tengah hari tadi dlaporkan turut mempertahan hak pendudukan Melayu di Kampung Binjai yang dikatakan wujud sejak hampir 100 tahun itu.

Beliau berkata, jika mahkamah menetapkan pampasan serendah RM25,000 bagi keluarga terbabit sekali pun, itu bukan jalan penyelesaian.

Ini kerana katanya, penduduk berkenaan sebenarnya memerlukan rumah untuk didiami, bukan wang pampasan semata-mata.

"Isunya bukan sekadar (wang) pampasan semata-mata. Jika ia sekadar pampasan, ini akan mengakibatkan kampung seperti Kampung Binjai akan lenyap," ujarnya.

Beliau berkata, beliau tidak ada pilihan melainkan tidak lagi bertanding bagi kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya isu tanah Kampung Binjai itu tidak menyebelahi rakyat yang rata-ratanya Melayu.

Januari tahun lepas, 47 buah rumah telah menerima notis mahkamah untuk mengosongkan tanah tersebut.

Ekoran itu, rata-rata mereka membantah saman oleh pemaju itu atas alasan mereka membina pembinaan rumah di atas tanah tersebut adalah atas kebenaran pemilik asal tanah, arwah Pak Hasan.

Selepas kes itu dirujuk ke Mahkamah pada Oktober tahun yang sama, 17 keluarga telah melantik firma guaman Fahda Nor & Yusmadi milik Yusmadi sendiri.

Kerjasama antara penduduk kampung berkenaan dan insiatif pasukan Yusmadi hari ini telah membawa Mahkamah mengetepikan saman pemaju dan ketetapan lanjut akan dibuat oleh mahkamah pada 6 Mac depan - sumber Penanginsight.com

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/