SharpShooter Followers


Wednesday, February 01, 2012

@cmlimguaneng cabar UMporNO Pulau Pinang jawab ke mana peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang di mana setiap keluarga diberikan RM 50,000.

UMporNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana hilangnya peruntukan sebanyak RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang.

Dengan kata lain, adakah benar setiap keluarga menerima RM50, 000?
Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.

EXCO Kesihatan, Kebajikan & Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah menulis surat kepada Zainal pada 7 April dan 12 Mei tahun 2009 untuk mendapatkan maklumat 22 keluarga tersebut serta memohon status program- program khas yang dirancang tetapi tiada maklumbalas diterima.

Malangnya tidak ada jawapan daripada Zainal Abidin ataupun maklumat tentang 22 keluarga miskin tegar mana yang menerima RM50, 000 setiap keluarga?

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat pada 31 Julai 2009 oleh YB Phee bagi membolehkan satu siasatan dilakukan untuk mengetahui ke mana perginya RM1.1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada keluarga berkenaan.

Selepas 3 tahun, demi memastikan wang kebajikan sampai ke tangan keluarga miskin adalah dikesali, Datuk Zainal Abidin Osman tidak berani memberi jawapan macam mana dan kepada siapa peruntukan tersebut telah disalurkan. Dan mengapa hanya 22 buah keluarga ini sahaja yang boleh menerima RM50, 000 setiap keluarga dan bukan keluarga miskin tegar yang lain.

Sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar pada Mac 2009 sehingga Disember 2011,sebanyak RM6.32 juta telah disalurkan kepada lebih kurang 700 buah keluarga setiap bulan. Ini sekaligus menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang, negeri pertama yang berjaya buat begitu di Pulau Pinang.

Kini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menambah wang pendapatan bulanan kepada minima RM600 sebulan untuk setiap keluarga. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri akan menambah wang atau 'top- up' sehingga RM600 sebulan untuk keluarga yang menerima wang pendapatan kurang daripada RM600. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015.

Ingin ditegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan meneruskan semua program kebajikan yang dilaksanakan dan akan menyalurkan lebihan belanjawan yang diperolehi untuk dikongsi bersama rakyat selaras dengan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).

Saya mencabar Zainal Abidin untuk menyenaraikan 22 keluarga miskin tegar tersebut.

Adakah RM1.1 juta telah masuk dalam poket pihak- pihak tertentu? UMNO dan Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan keraguan kepada semua pihak.

LIM GUAN ENG