YBhg Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
YBhg Tan Sri,
TINDAKAN KERAS KE ATAS AHLI UMNO DAN PERKASA YANG MEMUKUL WARTAWAN DAN MENGANCAM SAYA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Seperti yang Tan Sri sedia maklum, pada 26 Februari 2012, beberapa pembantahan telah diadakan di seluruh Malaysia berkenaan dengan isu pembinaan loji nadir bumi Lynas di Kuantan. Malangnya, pembantahan anti-Lynas pada 26 Februari 2012 pada pukul 6:00 petang di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang, telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah membuat rusuhan di kawasan itu.
Sebelum saya sampai ke situ pada pukul 6:30 petang, saya difahamkan bahawa perusuh-perusuh itu telah cuba memaksa orang awam dan pembantah anti-Lynas balik rumah dan meninggalkan tempat itu. Ramai pula yang ditolak dan dipukul sehingga mereka jatuh, termasuklah wanita-wanita. Adalah nasib baik bahawa mangsa-mangsa tersebut tidak bertindakbalas balik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_OjrG2uQSMC7B-f4cURfx_ZO49xujLcqYdbm1XaHSaWWkygBnUALVya3EBm1u4r83tkp7EOiy4GJl3wIIl3Rte_v8Pka2QCZ8TYeH_p0xnsFtkdFeg2X8qFcpEUEMLiyqh8CIozm6SZo/s320/20120229_LGE_Anti+Lynas.jpg)
Ahli-ahli kumpulan tersebut telah juga mengganas peserta-peserta dan wakil-wakil media yang hadir, setakat dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun, telah dipukul sehingga tercedera dan dipaksa mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang.
4. Peristiwa ini adalah kali kedua wartawan dan orang awam diugut dan diganas oleh perusuh-perusuh UMNO-Perkasa tanpa tindakan keras diambil ke atas mereka oleh polis. Sebelum ini, pada 1 Julai 2011 dua orang wartawan telah dipukul oleh peserta-peserta demonstrasi yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan Perkasa di KOMTAR dan selepas itu juga di Jambatan Pulau Pinang. Sehingga sekarang, tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang memukul wartawan itu.
5. Saya ingin menarik perhatian Tan Sri kepada tingkahlaku perusuh-perusuh UMNO-Perkasa pada 26 Februari 2012 itu yang memukul, menghalang dan meludah kereta saya. Peristiwa ini berlaku secara terbuka dan sewenang-wenangnya di hadapan anggota-anggota polis yang hadir berhampiran, tetapi anggota-anggota polis tersebut tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengawal keadaan, melindungi saya dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menghalang, memukul serta meludah kereta saya. Dari rakaman video yang dilampirkan bolehlah dilihat bahawa anggota-anggota polis berdiam diri dan menonton sahaja apabila orang awam diganas dan apabila kereta saya dihalang, dipukul dan diludah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9iWx1zpli2CwMMi1jxb2FdDdEcdbBV3HXuShjhmKxtcixP0RA7pgKEF49T36EwEgMb9NXNlPm8IWcdSic_V-tp9825nIXNV5rraD2szbML5nDGDMA3NSosguZhhmVbvBAD_OF73-wnTo/s320/418196_356753901023202_100000657861545_1132821_1946025268_n.jpg)
7. Adalah jelas bahawa tinkahlaku anggota-anggota polis yang berdiam diri dan tidak menghalang mereka yang mengganas rakyat Pulau Pinang itu tidak boleh diterima. Saya berharap bahawa tindakan yang keras sekarang akan diambil oleh pihak polis ke atas mereka yang bersalah agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Pulau Pinang.
Perhatian peribadi Tan Sri ke atas perkara ini adalah didahului dengan terima kasih.
Sekian,
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang
lamp.
s.k.: YBhg Dato' Wira Ayub Haji Yaakob, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/