Rentetan daripada pendedahan eksklusif dari Jingga 13 tentang perdagangan langsung antara Malaysia dan Israel, satu bantahan aman akan diadakan bagi menunjukkan protes dan kepekaan rakyat terhadap salah laku kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara haram Israel.
Solidariti ini juga secara langsung bagi jutaan rakyat Palestin yang dinafikan hak untuk hidup bebas, dan kezaliman Israel yang membunuh mereka saban hari termasuk anak-anak kecil.
Jingga 13 dengan solidariti daripada Angkatan Muda Keadilan, Kesatuan Sekerja North Port dan juga AnwarIbrahimClub, akan membuat bantahan aman di WestPort, Pelabuhan Klang pada jam 5.00 petang berikutan kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan itu pada 22 Februari 2012.
Oleh yang demikian, Jingga 13 juga menyeru dan mengajak untuk turut serta mana-mana individu, kesatuan sekerja, NGO dan parti politik untuk turut serta dalam bantahan ini.
Jingga 13 juga MENJEMPUT, Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) untuk turut serta bersama-sama bagi menunjukkan rasa kesal dan kecewa dengan kegagalan kerajaan Malaysia dalam berlaku jujur kepada rakyat jika benar selama ini mereka giat membela nasib Melayu dan Islam. Maka inilah ruang yang paling baik untuk membuktikannya.
Perdagangan dengan Negara Haram Israel adalah ibarat memberi peluru yang setiap satunya digunakan bagi membunuh dan meragut nyawa rakyat Palestin. Dan bagaimanakah tergamaknya kerajaan Malaysia menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan rakyat selama ini.
Harapan Jingga 13 adalah agar bantahan aman ini mendapat sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat, tidak mengenal ras, kaum dan agama. Isu Gaza Palestin ini adalah isu kemanusiaan, dan tidak ada kaitan langsung dengan agama. Janganlah membiarkan Malaysia tercinta ini sebagai penyumbang dalam usaha sekian lama membunuh dan meragut nyawa orang Palestin.
Sekian
Muafakat*Prihatin*Berani
Fariz Musa
Ketua Koordinator
JINGGA 13
Malaysia
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
4 hours ago