JINGGA 13 tertarik dengan kenyataan yg dibuat oleh Datuk Seri Sharizat Jalil, Ketua Wanita UMNO yang dilihat cuba mengheret Wanita UMNO dalam isu Skandal NFC yang melibatkan RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan serta mengalih isu kepada kononnya serangan yang bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita UMNO.
Andai dana NFC telah diseleweng untuk kegunaan Wanita UMNO ini bermakna UMNO juga turut terlibat dalam isu Skandal NFC tersebut. Bagaimana wang yang seharusnya digunakan bagi tujuan kepentingan rakyat dalam menjayakan Projek Fidlot Kebangsaan diseleweng dan pecah amanah jenayah berlaku bagi tujuan kepentingan UMNO? Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar , lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah .
JINGGA 13 juga mendesak pihak polis dan SPRM agar segera mengambil tindakan terhadap terhadap Skandal NFC dengan telus dan profesional . Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalik juga wajar diambil kira seolah-olah bertindak mempertahankan penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh ahli keluarga beliau termasuk tindakan merasuah pihak polis oleh Pengerusi Eksekutif NFC yang juga suami Datuk Seri Shahrizat Jalil , Datuk Seri Dr. Mohahamad Salleh Ismail melalui orang tengah Datuk Samsulbahrain yang masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/