SharpShooter Followers

Friday, February 03, 2012

Gambar-Gambar Rumah & Kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dibakar






Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Bahru hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmadMenurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Sementara itu juga ketika ditemui wartawan Nusajayakini, beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini adalah tindak balas dari pihak tertentu terhadap kelantangan beliau mendedahkan banyak penyelewengan terutamanya berkenaan pengambilalihan KFCH dan QSR.

"Saya lihat ini tindak balas akibat pendedahan saya terhadap penyelewengan terhadap pengambilalihan KFCH dan QSR yang dilakukan beberapa orang penting di Johor ini. Mereka seolah-olah cacing kepanasan ketika ini"

"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.


Turut bergegas ke tempat kejadian adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Saudara Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP negeri Johor merangkap ADUN Skudai.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/