SharpShooter Followers


Wednesday, February 29, 2012

"Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat Anwar

Pagi ini saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek (petugas Pusat Khidmat Permatang Pauh) terkejut apabila beliau datang ke Pusat Khidmat jam 10 pagi, beliau menjumpai ayam berdarah dengan satu kaki tergantung di Pusat Khidmat Permatang Pauh Dun Seberang Jaya dan Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh.

Apakah motif mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian? Budaya politik apa yang mahu dibawa ke Malaysia? Budaya berbau ugutan adalah budaya samseng ala umno dan perkasa ujarnya kepada sharpshooter.

Saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek merupakan abang kepada Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek yang tercedera ditembak polis dalam demo BERSIH 2.0


Pejuang Kemaafan yang juga anggota Jingga 13 Pulau Pinang berkata beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 3.00 pagi tetapi tiada apa yang berlaku.


Manakala menurut saudara Mohd Saiful beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 7.30 pagi tetapi katanya ayam tersebut tiada. Beliau juga hairan apa motif mereka berbuat demikian.



Ketua AMK Pulau Pinang saudara Amir Ghazali amat kesal dengan kejadian ini dan beliau berkata kemungkinan besar ini ada kaitan dengan debat "GASAK" pada malam ini.

Semalam juga beliau menerima laporan bahawa umno dan perkasa akan datang mengganggu debat malam ini. Sharpshooter difahamkan bahawa kemungkinan besar malam ini YB Parlimen Tasek Gelugor Nor Yaacop tidak berani turun berdebat dengan Lim Guan Eng di Dewan Sg Dua. Besar kemungkinan malam ini pemuda umno dan perkasa akan ganggu dan membawa budaya samseng.

Amir juga berkata, debat malam ini akan diteruskan dan kita juga telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada malam ini. Beliau menyeru penyokong Pakatan Rakyat usah bimbang untuk hadir beramai-ramai malam ini.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/