SharpShooter Followers


Wednesday, February 01, 2012

Pemansuhan Tol Lebuhraya Malaysia : PEMUDA PENANG Sedia Anjur Debat Perdana


Pemansuhan Tol Lebuhraya Malaysia:

PEMUDA PENANG Sedia Anjur Debat Perdana

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (PEMUDA PENANG) hari ini menyatakan kesediaan kami untuk menjadi penganjur kepada Debat Perdana di antara YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Tan Sri Dato‟ Seri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membahaskan tajuk “Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?”

PEMUDA PENANG suka mengingatkan, tol-tol lebuhraya diwujudkan asalnya bertujuan untuk membiayai kos pembinaan dan proses-proses penambahbaikan lebuhraya. Jika selain tujuan asal ini, tindakan untuk mempertahankan kutipan tol di saat rakyat menderita dengan kos hidup yang semakin membelit, adalah tindakan yang sangat tidak wajar. Ini ditambah buruk, bila rakyat mengetahui bahawa projek lebuhraya terpanjang di Malaysia, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini telah mengaut keuntungan sebanyak 308%, bersamaan dengan keuntungan RM18 Bilion bersih, selepas ditolak kos asal projek sebanyak RM5 Bilion! Ini bukan soal politik lagi, bila rakyat diperah untuk „mengkayakan‟ PLUS sehingga konsesi tamat pada tahun 2038! Ini sudah gila. Adilkah jutaan rakyat yang melarat ditekan, hanya kerana kegagalan UMNO Barisan Nasional mentadbir negara ini dengan amanah?

Atas kesedaran inilah, PEMUDA PENANG tampil untuk mengadakan Debat Perdana ini. Kita mahu rakyat hadir bersama-sama mendengar, menilai dan menganalisis sendiri hujah antara kedua-dua tokoh ini. Demi memastikan kelancaran majlis bersejarah ini, pihak kami telah membuat persiapan seperti berikut;

TAJUK : Debat Perdana “Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?”
PEMIDATO : 1. YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
2. YB Tan Sri Dato‟ Seri Nor Mohamed Yakcop,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

TEMPAT : Dewan Besar, Sungai Dua, Tasek Gelugor
TARIKH : 29 Februari 2012 (Rabu)
MASA : 8.30 Malam
FORMAT : 3 Pusingan (10 minit setiap pusingan) & 10 minit penggulungan

PEMUDA PENANG sengaja memilih Tasek Gelugor sebagai tempat untuk debat ini, kerana ia berada di dalam parlimen yang diwakili sendiri oleh YB Tan Sri Dato‟ Seri Nor Mohamed Yakcop sendiri. Ini adalah untuk menunjukkan pada beliau dan rakyat, bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar untuk mendedahkan kebenaran dan membela nasib rakyat hatta di lubuk BN itu sendiri. Pihak kami juga bersyukur dan rasa memadai andai debat ini hanya disaksikan oleh ribuan rakyat Pulau Pinang walau kita percaya ia tidak akan disiar di media televisyen arus perdana.

Justeru itu, pihak PEMUDA PENANG memberikan tempoh selama 7 hari, bermula dari hari ini untuk kedua-dua pihak memberi maklumbalas kehadiran, serta 14 hari lagi untuk mengumpulkan hujah-hujah yang meyakinkan, sebelum tampil ke gelanggang debat yang kami sediakan pada 29 Februari ini. Surat jemputan rasmi untuk kedua-dua pemimpin telah kami siapkan dan akan dihantar terus ke pejabat mereka selepas sidang media ini.
Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Penyelaras Program Debat Perdana

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/