SharpShooter Followers

Wednesday, March 31, 2010

Calon masih terbuka untuk Hulu Selangor - Anwar


Mana-mana ahli dari Parti Keadilan Rakyat yang masih mahu mengemukakan nama calon untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, boleh berbuat demikian dengan segera.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membuat penilaian terlebih dahulu bersama Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Ketua DAP, Lim Kit Siang sebelum membuat keputusan menetapkan pengganti kepada penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), nama yang mula diperkatakan ialah Syed Shahir Syed Mohamud (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr Badrol Amin Bahrom (Naib Ketua Perhubungan PKR Selangor), Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), dan Datuk Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR cabang Hulu Selangor).

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham mencadangkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin untuk bertanding di kerusi tersebut.

Turut disebut nama Datuk Ismail Kamus yang tewas di tangan di Palanivel pada PRU 2004 untuk bertanding kerana sebelum PKR, Pas telah bertanding di kerusi tersebut.

Dalam tinjauan blog Sharpshooter, Ustaz Dr Badrul Amin mendahului calon-calon lain dengan mendapat undi 309 (46%) dan diikuti dengan Zaid Ibrahim 213 undi (31%)

Dalam perbualan saya melalui telefon bersama Ustaz Dr Badrul Amin semalam, beliau berkata beliau sedia bertanding jika itu keputusan Parti.

Tetapi bagi beliau apa yang lebih penting adalah Pakatan Rakyat berjaya kekalkan kemenangan di Hulu Selangor.

UMNO dan MIC terus bergolak dan berkocak soal kerusi dan calon. Beranikah UMNO dan mampukah UMNO rampas kerusi tersebut.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Perak kecoh lagi

Seperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung bagi hari kedua tidak selancar yang dirancangkan hasil kegagalan Menteri Besar 'Mahkamah' dan Speaker "Haram' yang enggan bermesyuarat dengan anggota Dewan Pakatan Rakyat sehari sebelum sidang bermula.

Keadaan kecoh timbul apabila Ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat bertikam lidah dengan ADUN Barisan Nasional berhubung beberapa aspek perjalanan sidang yang dianggap melanggar peraturan Dewan oleh Pakatan Rakyat.

Pertelingkahan bermula dengan dakwaan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh daripada 216 soalan yang dihantar oleh 28 ADUN Pakatan Rakyat kepada Setiausaha Dewan sehinggalah pertikaian mengenai keabsahan Ganesan sendiri sebagai Speaker.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara 'unilateral' membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan yang disokong sepenuhnya oleh ADUN BN sementara kesemua ADUN Pakatan Rakyat menolak sebulat suara.

Malah mikrofon pada meja ADUN Pakatan Rakyat dipadamkan untuk menghalang mereka daripada bercakap.

Semua ADUN Pakatan Rakyat juga bersepakat mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda bahawa demokrasi telah mati di negeri Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan apabila Ganesan tidak menghiraukan bantahan beliau mengenai peraturan mesyuarat.

Ini diikuti pula oleh ADUN Pakatan Rakyat lain sebagai membantah perjalanan sidang yang dikongkong serta disalahgunakan oleh Ganesan dan BN.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi Speaker. Walaupun beliau tidak menghormati kita namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 pagi hingga 10.49 pagi habis, ini tidak pernah berlaku.

"Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah Tuanku dan dibantah oleh Speaker Sivakumar. Saya dengan Datuk Ngeh bantah dan tidak ada jawapan.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut.

"Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. Malangnya selepas keluar tidak dapat disahkan samada Zambry ada usulkan titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat," tegas Nizar pada sidang media selepas keluar dari Dewan.

Media juga dihalang daripada membuat liputan sepenuhnya dengan ditempatkan dalam bilik khas bercermin gelap.Nizar memohon maaf kepada media dia atas tindakan keterlaluan BN terhadap petugas media.

"Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada semua rakan media yang telah dinafikan hak untuk membuat liputan secara bebas sepanjang sidang DUN kali ini.

"Sedangkan sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah kita telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakan media , malahan mengadakan siaran langsung setiap kali sidang berlangsung," kata Nizar lagi.

Beliau juga berkata semua talian internet dan pengunaan talipon untuk mengakses twitter, facebook dan pautan internet yang lain telah disekat .




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Mahfuz bahas isu Apco





Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.

Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APCO pada 10 Julai 2009.


Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk 'Public Affairs and Goverment Affairs Services' atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.

"Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.

"Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani," kata surat tersebut.

Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.

Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009.



Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.

Ini termasuk penyelidikan, pembangunan strategi dan mesej utama, pencapaian serta perundangan dan pematuhan.

Di bawah bidang penyelidikan, APCO dikehendaki mengenalpasti bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat yang signifikan dan selari, membangunkan mesej komunikasi dengan pembuat dasar Amerika Syarikat dan tokoh penting masyarakat sivil serta mengenalpasti pegawai kerajaan, 'think tank', wartawan, NGO yang relevan kepada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.

Dalam sektor pembangunan strategi dan mesej utama pula, APCO akan memberi khidmat sokongan kepada Kedutaan Malaysia di Washington dan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bagi khidmat pencapaian pula APCO akan membantu mengeratkan hubungan dengan 'think tank', melaksanakan kempen mempromosi Amerika Syarikat bersama sektor perniagaan penting di Malaysia dan melaksanakan kempen media bebas Amerika Syarikat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Altantuya dibunuh, bapa pula kena bayar RM60 ribu

Keluarga warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati diletupkan pada Oktober 2006 hanya perlu meletakkan jaminan kos RM60,000 bagi mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan jumlah bon itu setelah mendengar hujah permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof bersetuju menetapkan jaminan sekuriti RM30,000 setiap satu bagi kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam KK Wong, sebelum ini memfailkan permohonan upaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya April lalu - Azilah Hadri and Sirul Azhar - tidak meminta sebarang jaminan bon sekuriti.

Ayah mangsa pembunuhan itu, Setev Shaariibuu juga perlu mencari RM10,000 bagi kos perundangannya, tetapi Karpal berkata satu tabung akan ditubuhkan.

Menurut Karpal, keluarga Altantuya tidak patut dibebankan untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan US$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

Menurut beliau, semua ahli parlimen akan diminta menyumbang kepada tabung itu.

"Saya akan menimbulkan perkara itu dengan rakan-rakan di Parlimen dan kami akan cuba mendapatkan bantuan untuk meringankan beban Encik Shaariibuu," kata Karpal.

"Kami mungkin akan mengambil masa selama tiga bulan untuk mengutip jumlah berkenaan agar perbicaraan dapat diteruskan.

"Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit
Siang, dan saya berpendapat ini adalah jalan terbaik," katanya.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak dan dua tertuduh dalam kes pembunuhannya, C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.

Abdul Razak, 49, telah dituduh bersubahat bersama Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 38, dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.

Beliau dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Okt 2008 tanpa dipanggil membela diri manakala Azilah dan Sirul Azhar pula didapati bersalah pada 9 April tahun lepas dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Perbicaraan akan hanya bermula selepas mahkamah mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Azilah dan Sirul berhubung hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas mereka.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Tolak APCO Selamatkan Malaysia



Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional.

APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel.

Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral, yang jelas terlibat dalam agenda pembantaian dan pembunuhan massa ‘Massive Killings’ umat Islam di Palestin.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menolak penafian yang dibuat oleh APCO Worlwide sebelum ini, bahawa APCO tidak terlibat langsung dalam penubuhan ‘gagasan 1 Malaysia’.

Kerana ini jelas dibuktikan, APCO sudah bertapak di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasi yang sama, dengan penggerak yang sama, dengan CEO yang sama, cuma mereka ini bergerak atas nama Mind Team Sdn. Bhd.

Watak yang sama, Paul Stadlen kini memimpin APCO Malaysia, dan juga Margery Kraus; CEO APCO terlibat dalam perjanjian awal dahulu. Dan ini berlaku lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi dan menerbitkan ‘gagasan 1 Malaysia’nya itu.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bimbang akan keselamatan negara, menolak sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ jenis baru ini, turut menyeru agar semua rakyat bangkit menentang ‘Neo-Colonialism’ tajaan Zionis-Israel ini.

Kami juga tidak rela, memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat, dengan sewenang-wenangnya membiarkan Regim UMNO-Barisan Nasional melantik Regim Zionis-Israel yang terkenal dengan kezaliman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestin.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menggesa Regim UMNO-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menghentikan sandiwara bermuka-muka mereka.

Di satu wajah Regim UMNO-BN menampakkan lagak ‘hero’ mereka dengan menghentam dasar-dasar dan tindakan terkutuk Israel, tapi di satu wajah lain pula, Regim UMNO-BN sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan mengangkat Regim Zionis sebagai penasihat negara dalam hal-hal dasar!

Halau APCO Worlwide dari Malaysia! Selamatkan Malaysia!


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOOR HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS
(DPP) Pulau Pinang

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Tuesday, March 30, 2010

Anwar jawab dakwaan Khairy






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Penjelasan Anwar tentang Apco di Parlimen









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Khairy dakwa Apco kawan Anwar juga


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Anwar tuntut tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat skandal APCO

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Kenapa Presiden baru MCA tidak didakwa

Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail lazimnya bingkas menegaskan sistem keadilan negara dilaksanakan tanpa memilih bulu dan yang salah tetap di kenakan tindakan.

Namun ketiga-tiga mereka membisu apabila berdepan dengan isu skandal video lucah Chua Soi Lek – bekas Menteri Kesihatan yang diangkat sebagai presiden baru MCA pada pemilihan parti itu Ahad lalu.

Sikap itu membawa tafsiran Chua dilindungi dan diberi layanan khas walaupun sendiri mengaku melakukan seks haram luar tabii yang menyalahi undang-undang negara.

Beberapa laporan polis di buat terhadap Chua setelah beliau mengakui melakukan hubungan seks di luar tabii dan pita rakaman itu diedarkan secara meluas di seluruh negara.

Namun semua itu dilupakan malah Najib mengangkat Chua sebagai penyelaras Barisan Nasional pada tahun lalu.

Musa dan Gani setakat ini tidak tampil untuk memaklumkan hasil siasatan atau memberi penjelasan mengapa tidak ada pendakwaan terhadap Chua.

Dan semalam, setelah diisytiharkan presiden baru MCA, segala laporan polis dan hasil siasatan pihak berkuasa nampaknya sudah dilupakan, bukan sahaja oleh Chua , tetapi juga oleh peguam Negara dan ketua polis Negara dan perdana menteri sendiri.

“ Dalam kes Chua Soi Lek di mana beliau mengaku kesalahan yang beliau lakukan, video juga telah dikemukan, tetapi UMNO-Barisan Nasional gagal untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Chua Soi Lek.

Persoalan beliau telah dimaafkan oleh perwakilan, adalah masalah dalaman parti tetapi jenayah yang telah dilakukan mestilah diadili oleh mahkamah yang terbuka.

Dari segi ini kita dapat melihat UMNO bukan berminat untuk membanteras jenayah tetapi mereka sekadar memilih bulu cuba melempar fitnah terhadap Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Peguam Sankara Nair adalah antara yang pertama mempersoalkan kewibawaan Gani atas keengganannya mendakwa Soi Lek walaupun mempunyai bukti amat kukuh termasuk pengakuan bekas menteri kesihatan itu.

Sankara menyifatkan keengganan Peguam Negara untuk mendakwa Chua sebagai “ diskriminasi tahap paling tinggi dan mencerminkan sikap berat sebelah Peguam Negara”.

“Kes mengenai dia yang ada oral seks dan sebagainya itu, kita lihat Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap perkara ini walaupun adanya keterangan yang nyata daripada pihak Chua Soi Lek sendiri dan juga pengakuan serta laporan polis dibuat terhadapnya," kata pengamal undang-undang Wan Anwar Wan Syahadat.

“Jadi mengapa dalam kes pendakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang kita nafikan sekeras-kerasnya dan tidak mempunyai bukti dan nyata yang keras, kenapa Datuk Seri Anwar didakwa di mahkamah sedangkan Datuk Chua soi Lek tidak didakwa di mahkamah," tegas beliau.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, layanan berbeza untuk Chua dan Anwar menunjukkan kerajan mengamalkan dua sistem keadilan berteraskan kepentingan politik.

“Ini 1 Malaysia 2 sistemlah. Satu sistem untuk ahli-ahli Barisan Nasional, satu sistem untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini memang selective prosecution”

Dan apa pula kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung su ini.

“ Tak tau. Saya tak tau. Itu kita tanya polis, saya tak tau



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Anwar ada peraturan "Khas" ?



Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat yang tidak konsisten dalam menentukan tarikh untuk Ketua Pembangkang itu membuat penjelasan mengenai peranan Apco Worldwide dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar bersedia penjelasan bila-bila masa tetapi kesal kerana keputusan mereka saling bercanggah dan member gambaran wujud satu peraturan khas apabila sesuatu isu melibatkan beliau.

Tarikh itu menjadi pertikaian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar membatal keputusan timbalannya Ronald Kiandee yang menetapkan Anwar untuk membuat penjelasan esok.

Sebaliknya, Dr Wan Junaidi meminta semua pihak menunggu keputusan beliau yang bersangkut paut kandungan Peraturan 34 (1) pada Rabu ini, sekali gus bermakna penjelasan Anwar yang dijadual esok perlu ditunda.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi selepas didatangi Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan sesuatu tiba-tiba menukar keputusan dengan menyatakan Anwar perlu memberi penjelasan esok sebagaimana keputusan yang ditetapkan Ronald Kiandee.

Dolak dalik dan percanggahan mengenai keputusan berkenaan mendorong Anwar membuat teguran.

“Janganlah ada peraturan khas untuk Permatang Pauh. Saya tidak keberatan memberi penjelasan tapi Speaker kenalah teliti keputusan dan adil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat yang turut disokong Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Dr Wan Junaidi kemudian menetapkan penjelasan itu perlu dibuat pada Selasa, itu pun selepas dua kali setiausaha dewan rakyat mendatangi Dr Wan Junaidi hingga gelagat itu disindir Anwar dan Kit Siang.

“Jangan sampai orang kata speaker ikut cakap setiausaha,” kata Ketua Umum Keadilan dengan nada sedikit sinis.

Speaker Dewan Rakyat itu kemudian memberi penjelasan panjang lebar terhadap keputusannya itu tetapi ia masih mengelirukan sehingga Anwar sekali lagi bangun dan terpaksa membetulkan fakta.

Enggan menjawab Anwar, Dr Wan Junaidi sebaliknya dilihat cuba mengelak isu itu berpanjangan dengan berkata demikian dan meminta hal itu dibincangkan kemudian.

Apco Worldwide adalah firma perunding antarabangsa yang dilantik bagi menasihati kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Kami sudah lama ditipu


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Anwar dedah APCO dalam Parlimen


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam Dewan Rakyat hari ini peranan yang dimainkan oleh kroni Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong yang didakwa membawa Apco Worldwide sebagai konsultan imej dan komunikasi kepada kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap kira-kira 30 minit sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan Anwar memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan beliau pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.

"Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company, ini bermakna hubungan antara Apco dengan kerajaan Malaysia sudah terjalin sebelum lagi Apco dilantik menjadi perunding kepada kerajaan.

"Malah saya difahamkan seorang wakil Apco telah ditempatkan di pejabat Perdana Menteri.

"Pada 4 Ogos 2009 satu penjanjian bagi mendapatkan khidmat Apco telah ditandatangani oleh seorang pegawai kerajaan dengan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad.

Ini secara jelas membuktikan pertalian terus antara Apco dan Perdana Menteri. Perjanjian perkhidmatan yang sama telah ditandatangani antar Apco dan Ehud Barak, ketika itu Ketua Turus Angkatan Tentera Israel pada Januari 1992.

"Kita menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri butiran perjanjian yang ditandatangani, berapakah bayaran kepada Apco dan bentuk pertalian firma tersebut dengan kerajaan," dedah Anwar.

Malah Anwar berkata Apco bukanlah sebuah syarikat perunding biasa kerana firma itu mempunyai kaitan rapat dengan tokoh dan pemimpin politik Israel dan Amerika Syarikat.

Beberapa tokoh penting yang menjadi perunding dalam jaringan antarabangsa serta memberi khidmat kepada Apco mempunyai latarbelakang kerjaya dalam badan perisikan Israel, Shin Bet dan pentadbiran rejim Zionis tersebut.

"Kerajaan tidak belajar daripada pengalaman lalu apabila mengambil perkhidmatan syarikat perunding asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan Malaysia.

Dua contoh besar ialah skandal Maminco yang melibatkan pelaburan besar dalam dagangan pasaran bijih timah dunia yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit.

Begitu juga mantanb Perdana Menteri membayar dan mengguna khidmat pelobi Yahudi-Zionis, Jack Abramoff yang didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat dapam tahun 2006 dan seterusnya dipenjarakan kerana menipu tanah kaum Red Indian untuk membina kasino.

"Kerajaan perlu berhati-hati dengan kenyataab Apco apabila mereka mengatakan tidak terlibat secara langsung dengan konsep 1Israel. Apa yang berlaku ialah firma-firma bersekutu yang bekerjasama dengan Apco tetapi kepakaran dibekalkan oleh Apco.

"Sebelum Apco bertapak di Malaysia sebuah syarikat tempatan diwujudkan yang pengarahnya ialah Paul Stanford, kini ,menjadi CEO Apco Malaysia dan Marjorie Kraus, Presiden dan CEO Apco Worldwide.

Risikonya Apco ialah mereka menggunakan syarikat bersekutu untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dan mereka menyimpan rahsia kerajaan yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

"Syarikat ini mempunyai hubungkait memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan diktator dunbia yang menindas rakyat dan terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia seperti Jeneral Sani Abacha di Nigeria dan Presiden Nursultan Nazarbayev dari Kazakhstan.

"Kita mahu penjelasan Perdana Menteri bagaimana beliau boleh dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak Ethos dan bagaimana kehadiran ramai tokoh Apco yang rapat dengan badan keselamatan dan perisikan Israel yang menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

"Rakyat tidak lagi boleh dperbodohkan dengan laungan kerajaan yang kononnya memperjuangan hak rakyat Palestin dan Islam di Malaysia dengan merotan beberapa gadis yang minum arak tetapi senyap-senyap membuat hubungan dan perjanjian dengan firma yang berkait dengan Israel.

Sikap membisu Perdana Menteri dikhuatiri membahayakan keselamatan negara kerana hubungan Apco dengan agensi strategik negara seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan yang mungkin menyebabkan tergadai kepentingan negara.

"Saya dengan ini mendesak supaya kerajaan membatalkan perjanjian dengan Apco dan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal yang memalukan ini," tegas Anwar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Azmin Ali dedah cerita sebenar 16 September di Parlimen







* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

95% Orang Melayu tidak percaya UMNO


Inilah keputusan tinjauan Sinar harian yang mengatakan 95% Orang Melayu tidak percaya UMNO.

Adakah orang Melayu kini lebih percaya kepada Perkasa di mana Imam Besarnya adalah Ibrahim Ali Al-Kataki?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Kemelut politik Perak belum berakhir


Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat membantah keras kehadiran lebih 150 anggota polis di dalam Dewan tetapi ditolak oleh Speaker 'Haram', Datuk R. Ganesan.

Keadaan ini mengembalikan ingatan bagaimana anggota polis serta anggota Cawangan Khas berkerumun di dalam Dewan menyebabkan suasana kecoh semasa sidang pada 7 Mei tahun lalu.

Menegangkan lagi situasi, talipon bimbit tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Dewan sementara petugas media ditempatkan di dalam sebuah bilik khas yang cermin gelap dan hanya dibenarkan mendengar audio tanpa sebarang rakaman visual.

Sebentar tadi sidang Dewan Undangan Negeri Perak ditangguhkan sehingga esok pagi setelah dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kira-kira pukul 10.30 pagi.

ADUN Pakatan Rakyat berkumpul diperkarangan pejabat DAP negeri Perak kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum berarak ke Bangunan Kerajaan Negeri Perak diketuai oleh Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar.

Mereka tiba 15 minit kemudian dan pihak polis mengarah kesemua mereka masuk ke perkarangan bangunan seorang demi seorang.

Pihak polis mula mengawal sekitar Bangunan Kerajaan Negeri Perak seawal 7 pagi dan beberapa laluan utama juga di tutup.

Kelihatan juga beberapa trak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan 50 anggota ditempatkan di perkarangan bangunan di mana sidang Dewan diadakan.

ADUN Pakatan Rakyat telah mengemukakan sejumlah 216 soalan lisan pada sidang kali ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Ajal maut tidak kenal usia

30 March 2010 - Sg Semilang - Pagi ini saya bersama YB Ong Chin Wen menziarahi jenazah seorang pelajar Shamsudin bin Ahmad 13 tahun yang kembali ke Rahmatullah akibat terlibat dalam kemalangan 2 buah motosikal di Kampong Sg Semilang.

Kejadian berlaku seminggu yang lalu di mana Allahyarham Shamsudin berlanggar dengan kawan sekampongnya jam 8.30 malam. Rakan Shamsudin meninggal pada hari kemalangan tersebut.

Manakala Shamsudin pula seminggu berada di Hospital Seberang Jaya di wad ICU dan menghembus nafas terakhir semalam.



Sdr Ramadhan (berbaju merah) Setiausaha JKKK Sg Semilang turut hadir.

YB Ong Chin Wen bersama Pengerusi JKKK Sg Semilang Hj Munir turut memberi penghormatan terakhir buat Shamsudin.


YB Ong Chin Wen mengucapkan takziah kepada ayah Shamsudin. Shamsudin merupakan anak kedua dari 5 orang beradik.

Ayah Shamsudin juga telah kehilangan anak sulongnya yang telah kembali ke Rahmatullah ketika baru berusia 6 hari akibat masalah jantong.

Ayah Shamsudin kini hanya mempunyai 3 orang sahaja anak. Semoga beliau tabah menghadapi ujian dan takdir hidup ini. Al-Fatihah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Monday, March 29, 2010

Speaker dan Timbalan Speaker bercanggah keputusan

Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengelirukan apabila meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung isu Apco.

Dalam kenyataan Wan Junaidi di dalam dewan pagi tadi, semua isu Peraturan Mesyuarat 37(1) akan dibincang pada hari Rabu depan tetapi pada masa yang sama, Ronald pula berkata Permatang Pauh akan membuat penjelasan esok setelah diberi notis seminggu untuk membuat penjelasan tersebut.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul berkata sementara menunggu semakan tersebut oleh Wan Junaidi, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan oleh Ketua Pembangkang ditangguhkan dahulu sebelum menunggu keputusan

"Isu Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan itu jauh menyimpang dan langsung tidak relevan, jikalau Ronald membenarkan Kota Belud bercakap diikuti dengan Salahuddin dan kemudian Ahli Parlimen Beruas, ini boleh dianggap keputusan yang luar biasa.

"Sementara menunggu semakan oleh Wan Junaidi, keputusan untuk Permatang Pauh berucap usul tersebut sepatutnya ditangguhkan.

"Tetapi Ronald telah menggunakan kuasa dia untuk memuktamadkan keputusannya itu dengan menggunakan Perkara 34 untuk Pakatan Rakyat mengemukakan usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan beliau," kata Johari kepada Suara Keadilan di Parlimen.

Rabu lalu Ronald membuat keputusan memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Pembangkang untuk membuat penjelasan terhadap isu syarikat Apco yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1Israel selepas disokong menteri setelah isu tersebut dibangkitkan AhliParlimen Kota Belud menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1).



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Anwar cabar Najib bawa kes Altantuya ke Mahkamah



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

TG Nik Aziz kekal sebagai Mursyidul Am


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun. (Harakah/2MA)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Rahsia Dr Chua Soi Lek menang

Bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan parti di sini Ahad.

Dr Chua, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting yang meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan Timbalan Presiden setelah menerima 1,171 undi bagi mengalahkan bekas Naib Presiden dan rakan dalam Jemaah Menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mendapat 1,106 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, calon wanita tunggal, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memperoleh undi tertinggi iaitu 1,528, diikuti bekas Naib Presiden Datuk Donald Lim (1,469), Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (1,202) dan anggota Jawatankuasa Pusat Gan Ping Sieu yang juga meraih 1,202 undi.

Ini merupakan satu kemenangan manis buat Dr Chua yang terpaksa bertarung dengan dua pesaing yang sangat berpengaruh, namun membuktikan bahawa beliau masih popular dalam parti meskipun berdepan pelbagai pergolakan.

Pada 2 Jan 2008, beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

Dalam pemilihan parti pada Oktober 2008, beliau mengalahkan bekas Setiausaha Agung dan abang Ka Ting, Datuk Seri Ong Ka Chuan, bagi jawatan nombor dua parti.

Beliau terbabit dalam pertikaian kepimpinan dengan Tee Keat apabila beliau dipecat kerana mencemarkan imej parti berikutan video seks pada Ogos tahun lepas.

Dr Chua kemudian diterima semula sebagai anggota parti semasa mesyuarat agung luar biasa MCA yang turut meluluskan undi tidak percaya terhadap Presiden parti.

Tinjauan saya dengan beberapa kawan2 Cina di Penang apa rahsia sebenarnya Dr Chua boleh menang, jawab mereka mudah.." Dr Chua sebenarnya adalah lelaki kebanggaan kaum Cina...terbukti dalam video...dia banyak hebat ooo..." terus mereka ketawa besar...



MCA sudah selesai, bagaimana dengan AMK Pusat pula, khabarnya inilah wajah trio yang tawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua AMK Pusat.

Shamsul Iskandar, YB Amirudin Shari dan Chegu Bard.

Siapakah yang paling layak terajui AMK Pusat...jom undi di atas..

Sementara itu Ustaz Badrul Amin mendahului calon lain untuk Parlimen Hulu Selangor.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Pemimpin UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama gadis 16 tahun

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

85% Rakyat tolak Raja Sesumpah

Semalam Sinar Harian terbitkan artikal ini - KULIM - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ezam berkata, beliau sedia dipanggil polis bila-bila masa bagi tujuan itu.

"Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telahpun berlaku," katanya, semalam.

Menurutnya, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu, namun diberikan arahan yang berbunyi: “Kamu bedallah dulu”.

“Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu,” katanya.

Rabu lalu, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat, bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh ‘menggoncangkan iman’ untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.

Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilapor berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.

Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti itu supaya tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli. - Bernama

Hari ini keputusan tinjauan Sinar Harian semalam melalui sms bertajuk wajarkah tawaran Ezam bantu polis siasat pendedahan Zulkifli.

Inilah keputusan sms yang disiarkan hari ini. Maknanya rakyat tolak dan tidak percaya pada Ezam Raja Sesumpah.

Bak kata pepatah Melayu Perkasa Al-Kataki "Hidung tak mancung...pipi tersorong-sorong"..



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Faham Keadilan baru cakap soal Melayu

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati umat Islam supaya memahami prinsip asas ajaran Islam iaitu keadilan sosial sebelum mempersoalkan isu lain.

Beliau berkata adalah penting masyarakat islam memahami tujuan utama disebalik hukum syariah supaya tidak terjerumus kepada kezaliman dan tindakan yang merugikan umat.

"Kita jangan tergolong dalam manusia yang berbicara mengenai kebaikan tetapi tidak pertahankan kebaikan. Oleh sebab itu kita mesti faham dalam kehidupan kita samada perjuangan kita baik dalam keluarga, masyarakat, politik, ekonomi atau sosial tidak lari daripada dasar akidah.

"Keyakinan kita kepada Islam mesti mencernakan akhlak yang baik kalau kita kata kita beriman. Akhlak yang baik itu pula melahirkan sahsiah, keperibadian yang baik dan sahsiah yang baik itu melahirkan roh perjuangan yang betul," kata Anwar pada majlis tazkirah di Masjid Kampung Jelai di Batu Kurau, Perak semalam.

Dalam tazkirah selama kira-kira 30 minit itu Anwar menerangkan silap faham mengenai prinsip keadilan yang diwakili Islam akan menyebabkan orang Islam melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama yang suci.

"Oleh sebab itu kita mendengar sesetengah pihak berkata mereka mahu menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membenarkan tindakan keluarga pemimpin negara membeli kilang arak terbesar, San Miguel di Filipina.

"Justeru itu istiqamah itu yang penting dan juga tarbiyah, sebab itu kita lihat 'katak' lompat sebab tarbiyah kurang dan keadaan ini harus kita perbaiki. Bila kita cakap pasal Islam mesti pada zahir iaitu akhlak, tidak semesti pada janggut dan kopiah sahaja.

"Maka yang paling penting ialah paksi, asas kena jelas dan soal Melayu, Islam, kenegaraan masuk dalam kategori kedua. Kalau kita lihat ayat-ayat Al Quran awal yang diturunkan sebelum hijrah dan sebelum Nabi SAW berjuang seperti Surah Al Muzammil, ajarannya ialah kita mesti tunduk kepada kebesaran Allah SWT. Kalau tidak kita akan tunduk kepada kebesaran projek, kebesaran tender, JKKK, pangkat atau wang ringgit. Oleh itu kalau kita balik kepada pangkal atau fundamental ini, bila kita bicara pasal politik, ekonomi, sosial ia tidak akan lari daripada prinsip keadilan," kata Ketua Pembangkang kepada jemaah yang hadir.

Begitu juga dalam isu membantu orang Melayu, prinsip keadilan itu juga jangan dilupakan ujar beliau.

"Kita nak tolong Melayu tetapi apakah tolong Melayu itu dengan cara memperkayakan dua tiga kerat orang sahaja dan biarkan rakyat Melayu terbanyak yang bawah merempat? Adakah adil jika kita mentadbir negara kemudian itu kita ambil kesempatan untuk jadikan keluarga kaya raya. Kita kata kita mahu orang patuh pada Islam, siapa minum bir kena rotan dan Islam jelas dalam perkara ini tetapi bila ada pembesar, pemimpin parti, keluarga mereka beli syarikat arak terbesar di Filipina semua orang diam. Kenapa bila kena orang besar kita diam tetapi bila perkara sama dilakukan orang kampung, orang biasa kita tangkap, kita hukum.

"Islam tidak kata kalau orang bawah curi potong tangan tapi orang besar ambil RM540 juta komisyen beli kapal selam, dia selamat tak kena hukum, bila RM50 dikatakan rasuah tetapi RM540 juta komisyen kapal selam dikatakan komisyen, apabila perbezaan ini berlaku ini bermakna tidak tertanam roh perjuangan dalam diri.

"Kita juga bagaimana perlaksanaannya bila mereka kata nak tolong Melayu tapi bila tengok senarai Melayu yang paling kaya hanya adik Perdana Menteri, anak Perdana Menteri, yang kita ni apa, hamba abdi, kuli kelas tiga? Kalau kekayaan itu melimpah hanya kepada dua tiga kerat orang sahaja dan yang lain tengok saja ini tidak adil.

Anwar juga menyentuh mengenai erti pergorbanan dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran sambil tanggungjawab pemimpin bukan untuk mencari habuab diri sendiri.

"Tanggungjawab bukanlah keistimewaan. Bila jadi pemimpin nak kontrak, berebut habuan, kalau ini terjadi maka hilang roh perjuangan. Kita tak boleh berjuang dapat habuan dulu baru tanggungjawab.

"Kita nak Melayu macam mana jadi pemimpin? Kita mahu Melayu yang ikut amanah dan bertanggungjawab dan bukannya Melayu yang guna Melayu lain untuk kayakan diri sendiri dan keluarga," tegas Anwar lagi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)