SharpShooter Followers

Friday, March 19, 2010

SPRM P.Pinang panggil saya petang ini


SPRM P.Pinang memanggil saya hari ini Jumaat 19 March 2010 jam 3.30 petang di tingkat 4 untuk bertemu dengan Pengarahnya TPj Dato; Hjh. Latifah bt Md Yatim.


Ini adalah respon dari surat yang saya hantar kepada SPRM P.Pinang seperti di bawah.


Saya akan hadir petang ini.



Amizudin Bin Ahmat (Din Binjai)

No 9, Lorong Tembikai 1,

Taman Sri Rambai,

14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

15 March 2010

TPj Dato' Hjh. Latifah binti Md Yatim

Pengarah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pulau Pinang

Kompleks SPRM
44, Jalan Sultan Ahmad Shah
Peti Surat 6000
10850 Pulau Pinang


dihantar melalui

· Fax : 04-2266070 / 04-2292315

· Emel : ppg@sprm.gov.my

Ybhg TPj Dato’

BERTANYAKAN STATUS SIASATAN/DAKWAAN KES KUARI MELIBATKAN BEBERAPA PIMPINAN PKR P.PINANG.

Perkara di atas dirujuk.


Seperti yang pihak Dato’ sedia maklum, saya telah terlibat sebagai sumber utama dalam soal siasat mengenai kes / dakwaan penglibatan pemimpin KEADILAN (yang kini antaranya telah keluar parti) dalam kes penyelewengan melibatkan Kuari di negeri ini.


Dalam kes tersebut saya telah memberikan kerjasama termasuk menyalurkan bahan bukti yang sewajarnya demi melihat integrity Negara terjamin. Saya telah hadir dalam beberapa sesi soal siasat secara ‘rasmi’ mahupun tidak rasmi dengan pihak SPRM.


Dalam satu sesi yang paling panjang saya telah disoal siasat lebih 10 jam. Pegawai SPRM juga telah ‘serbu’ rumah saya di waktu pagi untuk mengambil saya kononya untuk mendapatkan maklumat. Saya kira saya sudah memberikan kerjasama yang cukup baik.


SPRM telah membuat kenyataan terbuka mengenai kes ini (walaupun sepatutnya kes yang di dalam siasatan SPRM merupakan rahsia rasmi Negara), kerana kenyataan terbuka SPRM yang kelihatan menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang maka perjuangan saya menentang rasuah dan salah guna kuasa telah disalah ertikan.


Saya sedikit dipulaukan teman dan saya berdepan dengan tindakan disiplin. Namun itu semua saya ketepikan kerana bagi saya kebenaran pasti akan datang yang penting perlu terus berjuang.


Saya juga telah dimaklumkan oleh pegawai pihak Dato (tak pasti secara kapasiti individu atau kapasiti pemegang jawatan SPRM) yang menyatakan bahawa kes tersebut cukup kuat dan pasti akan ada pendakwaan.


Namun sehingga kini saya kecewa kerana kes tersebut seolah tergantung setelah banyak cemuhan dan dugaan yang saya lalui demi memberikan kerjasama kepada SPRM.


Dengan ini saya ingin bertanya kepada pihak Dato’ apakah status kes / dakwaan penglibatan pemimpin KEADILAN (yang kini antara telah keluar parti) dalam kes penyelewengan melibatkan Kuari di negeri ini ?


Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan masuk Umno kes ini terhenti dan ditutup ? Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana ada yang terlibat sudah melompat parti bersama kerusi parlimen ?


Jika kes yang pihak Dato sendiri begitu yakin sebagai kes yang kuat dan sanggup melanggar peraturan sendiri dengan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai kes tersebut satu ketika dahulu ditutup begitu sahaja akhirnya, maka saya amat kecewa.


Maka bukan setakat benar tuduhan SPRM merupakan kuda tunggangan regim Bn tetapi sebenarnya SPRM seronok diperkudakan Bn.


Saya memerlukan jawapan dan respon segera.


Sekian, terimakasih.

Yang Benar



AMIZUDIN BIN AHMAT

No KP : 690829-07-5241

H/P : 016-469 5343


Salinan kepada :

Editor media tempatan dan luar Negara (kecuali Utusan Malaysia)



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/