Banyak spekulasi yang timbul bila rumah Chegu Bard di bom pagi tadi.
Ada yang berkata ini adalah kerja pihak polis yang sengaja dan cuba memerangkap serta menakutkan Chegu Bard.
Ada pula pihak umno yang menuduh ini kerja politik murahan Chegu Bard yang bom rumahnya sendiri macam Anwar tumbuk mukanya sendiri.
Saya dihubungi YB Amirudin Adun Batu Cave atau lebih mesra dengan gelaran 'Amir Selamat', beliau cuba menghubungi Chegu Bard tetapi gagal. Saya juga gagal menghubungi Chegu Bard hari ini.
YB Amir barkata "Apa yang kita risaukan adalah, apabila Chegu Bard telah membuat laporan polis, ini bermakna rumah Chegu Bard kini polis bebas masuk pada bila-bila masa atas alasan untuk menyiasat".
Tetapi yang tersirat adalah polis cuba menyiasat rahsia Altantuya yang memang menjadi mimpi buruk Najib serta suaminya Rosmah sekali gus ini akan mengganggu ketenteraman keluarga Chegu Bard terutamanya isterinya Erah serta dua anaknya.
Saya berjaya menghubungi isterinya, menurut Erah hari ini sahaja pihak polis telah datang dua kali ke rumahnya.
Erah berkata " Jangan bimbang kalau polis nak rampas buku Altantuya memang tak ada pun di rumah. Ingat arwah mak Anwar sahaja ke yang garang...Isteri Chegu bard lagi garang tau..."
Katanya lagi ini sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang...lawan tetap lawan..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago