Allahyarham memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 198 undi mengalahkan Datuk G. Palanivel dari Barisan Nasional.
Satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.Takziah saya ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman...Amin..Al-Fatihah...
Yang telah pergi pasti tidak kembali...Yang masih hidup wajib teruskan perjuangan.
Saya mencadangkan Dr Badrul Amin adalah calon yang paling sesuai untuk bertanding pada prk Hulu Selangor.
Dr Badrul Amin adalah reformis 98. Apabila Parti Keadilan Nasional berjaya ditubuhkan pada April 1999, beliau dilantik menjadi Exco Pemuda Keadilan di mana ketika itu ketuanya adalah Ezam Md Noor Raja Sesumpah.
Dr Badrul Amin adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan pernah bertanding pada pilihan raya 2008 di Parlimen Sabak Bernam dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kuang tetapi beliau tewas kedua-duanya.
Dr Badrul Amin adalah mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan juga mantan tahanan ISA selama dua tahun.
Beliau juga adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam. Beliau juga pernah disebut-sebut bakal menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor tetapi tidak kesampaian.
Dr Badrul Amin senasib dengan Dr Mansor Othman yang bertanding pada 3 PRU tetapi mereka tewas semuanya.
Dr Mansor Othman pernah bertanding pada tahun 1999 di Parlimen Balik Pulau, Tahun 2004 di Dun Seberang Jaya dan tahun 2008 di Dun Pulau Betong.
Akhirnya Dr Mansor Othman bertanding di prk Dun Penanti dan menang lantas terus dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang.
Apalah salahnya jika kali ini Anwar mencalonkan Dr Badrul Amin untuk bertanding di prk Hulu Selangor.
UMNO dan BN memang amat takut dan gentar untuk hadapi pilihanraya.
SPR pula sekarang ini bertindak lebih UMNO dari UMNO.Kota Seputih bertukar Kota Segelap dan Titi Tinggi bertukar Titi Tenggelam.
Akhirnya Allah takdirkan pilihanraya kecil terpaksa juga diadakan.
UMNO dan B-End pula boleh mencalonkan Ezam Raja Sesumpah sebagai calon mereka.
Pasti menarik Dr Badrul Amin menentang mantan bosnya yang mundar mandir tanpa jawatan macam setan.
Rakyat pasti tidak sabar menantikan pertandingan paling sengit ini.
Tetapi kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah kerusi MIC. Mampukah UMNO merampas kerusi ini dari MIC sedangkan majoriti pengundinya adalah Melayu.
UMNO adalah pejuang Melayu..1 Malaysia tahu 1 Israel pun tahu.
Zahid Hamidi yang pernah bertemu secara sulit dengan Menteri Israel tidak berani merampas kerusi BN P.Pinang walaupun Gerakan dan MCA serta MIC kalah di semua kerusi di P.Pinang.
Walaupun Zahid Hamidi punyai kekuatan ribuan tentera bersamanya tetapi beliau tidak berani merampas kerusi BN P.Pinang.
Mungkin disebabkan jet dan kapal selam terlalu canggih mengalahkan Israel. Israel hanya mampu cipta jet boleh terbang tanpa pemandu tetapi Malaysia lebih canggih sebab mampu cipta jet boleh terbang tanpa enjin.
Kapal selam pula boleh menyelam tetapi tidak tenggelam.
Beranikah UMNO merampas kerusi di Parlimen Hulu Selangor dan meletakkan Ezam Raja Sesumpah yang mantan segala mantan mundar mandir tanpa jawatan macam setan sebagai calon di situ?
Rakyat tidak sabar bahkan demam untuk melihat episod pertandingan kali ini.
Semoga Pakatan Rakyat diberi kemenangan. Takbir....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)