SharpShooter Followers

Thursday, March 18, 2010

Tiada tindakan kepada China Press

Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan China Press mengenai laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara.

NONESehubungan itu, menurut KDN mereka menyerahkan kepada akhbar itu untuk mengambil tindakan dalaman terhadap pengarang yang bertanggung jawab.

Sabtu lalu, akhbar harian Cina itu menyiarkan laporan bahawa Musa (kanan) telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa dan Hishamuddin segera menafikannya.

Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.

chinapress reported musa hassan quits 130310Bagaimanapun keesokannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri hishamuddin Hussein selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, mendedahkan bahawa rombakan barisan pimpinan tertinggi pasukan polis akan dilakukan.

Katanya lagi, rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain, termasuk empat pengarahnya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/