Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.
Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APCO pada 10 Julai 2009. Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk 'Public Affairs and Goverment Affairs Services' atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.
"Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.
"Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani," kata surat tersebut.
Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.
Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009. Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.
Ini termasuk penyelidikan, pembangunan strategi dan mesej utama, pencapaian serta perundangan dan pematuhan.
Di bawah bidang penyelidikan, APCO dikehendaki mengenalpasti bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat yang signifikan dan selari, membangunkan mesej komunikasi dengan pembuat dasar Amerika Syarikat dan tokoh penting masyarakat sivil serta mengenalpasti pegawai kerajaan, 'think tank', wartawan, NGO yang relevan kepada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.
Dalam sektor pembangunan strategi dan mesej utama pula, APCO akan memberi khidmat sokongan kepada Kedutaan Malaysia di Washington dan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Bagi khidmat pencapaian pula APCO akan membantu mengeratkan hubungan dengan 'think tank', melaksanakan kempen mempromosi Amerika Syarikat bersama sektor perniagaan penting di Malaysia dan melaksanakan kempen media bebas Amerika Syarikat.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Stokin tertera kalimah Allah pula. Hina Islam..
-
*Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil*
*Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil jika cuai - IKIM*
KUALA LUMPUR: Tindakan tega...
Parlimen jadi sarkas bila Speaker parang tumpol
-
*ULASAN*
*Johari Abdul*SEMASA merasmi pembukaan sidang Parlimen penggal ke tiga
parlimen ke-15 Yang diPertuan
Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan I...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN
-
Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong
peratusan undi yang lebih besar.
Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...
Luka Rakyat
-
Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
t...
LEMAN RAJA LAWAK BAKAL JUTAWAN MENJELANG 2020
-
Pulau Pinang - Nama leman raja lawak tidak asing lagi ditanah air atau nama
sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang berasal dari Negeri Kedah .
Insan ini perna...
YB - jangan tayang body, hodoh
-
YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB
sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang
nega...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
Biji Benih Acai Berry
-
Harga Ramadhan dilanjutkan ke bulan Shawwal.
Sebungkus benih Acai berry RM50.00 termasuk poslaju.
Dua bungkus hanya RM90.00 termasuk poslaju. Setiap
bungkus ...
-
Ucapan Perbahasan Menjunjung Titah SPB Yang Dipertuan Agong YB Senator Dr
Muhammad Nur Manuty semasa Sidang Dewan Negara pada 18 April 2016
Bismillahirr...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...