SharpShooter Followers

Wednesday, March 24, 2010

Kenapa Zahid jumpa Menteri Israel secara sulit - Azmin

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mendesak Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil memberikan penjelasan penuh berkenaan dengan pertemuan sulit beliau dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Paris tahun lepas.

"Naib Presiden Umno yang mencatatkan undi yang paling tinggi dalam pemilihan Umno yang lalu telah bertemu dengan ketua Zionis Ehud Barak ketika Paris Air Show. Kita tak tau sebab perjumpaan dibuat secara sulit.

Saya nak tanya apa tujuan pertemuan itu? Apco? Saya tidak tahu tetapi saya nak tahu Menteri Pertahanan, Naib Presiden umno kena masuk dalam Dewan dan menceritakan apa motif Umno bertemu Zionis di Paris Air Show.

Jangan tipu oran Melayu, jangan tipu pegawai kerajaan. Umno cuba memutar belitkan perkara ini.

"Perkara ini ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh wakil Machang bahawa baru-baru ini Menteri Pertahanan mengesahkan ada kegiatan penyuluhan yang berlaku di Kementerian Pertahanan," tegas Azmin semasa perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong petang tadi.

Azmin berkata pertemuan sulit oleh Menteri Pertahanan berbeza dengan mesyuarat rasmi yang diadakan secara terbuka antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz kira-kira lima tahun lalu.

Menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Anwar sebagai ejen Yahudi disebabkan persahabatan beliau dengan Wolfowitz, Azmin berkata kedua-dua mereka bersahabat lama sejak tokoh Amerika Syarikat itu menjadi duta ke Indonesia.

"Persabahatan Permatang Pauh (Anwar) tidak menjejaskan kemelayuan, tidak menjejaskan aqidahnya malahan beliau menggunakan persahabatan itu untuk menyatakan pendiriannya secara tegas kepada Washington.

"Saya menghadiri mesyuarat rasmi di Pentagon bersama-sama beberapa jeneral (sambil menunjukkan bukti gambar mesyuarat tersebut bersama Anwar, Wolfowitz dan Azmin). Saya mahu tunjuk bukti ini supaya Umno tidak lagi menggunakan cerita fitnah ini di kampung-kampung Melayu.

"Permatang Pauh menegaskan secara keras bahawa beliau tidak bersetuju dengan penaklukan tentera Amerika di Iraq dan mendesak tentera Amerika segera berundur.

Anak Melayu ini berhujah dengan petah dan berani bagi pihak jutaan umat Islam diseluruh dunia supaya Amerika menghormati kedaulatan rakyat Iraq. Malah beliau menegaskan lebih ramai rakyat Iraq dibunuh oleh tentera Amerika daripada yang dilakiukan oleh Saddam Hussien," tegas beliau lagi.

Pendirian tegas Anwar tambah Azmin jauh berbeza dengan pertemuan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bertemu dengan Presiden Bush selaku Pengerusi OIC pada 18 September 2006 yang mempamerkan nada yang lembut serta tunduk kepada Amerika.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/