Usaha anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Ibrahim untuk menyusahkan pimpinan PKR nampaknya makan diri sendiri apabila beliau didakwa 'sudah kenyang baru melompat' dan beliau dikatakan membuat kenyataan 'bodo-bodo'.
Orang yang menyusahkan Zahrain di Parlimen tidak lain dari orang yang dituduhnya mahu melompat meninggalkan BN untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam projek 16 Septembernya.
Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dalam ucapannya meminta Zahrain menarik balik dakwaannya yang beliau adalah salah seorang yang hendak melompat parti menyertai PKR.
Dia juga mendesak media menyiarkan kenyataannya secara besar-besaran sebagaimana media menyiarkan kenyataan yang dibuat Zahrain sebelum ini terhadapnya.
Dalam ucapannya seminggu lalu, Zahrain menyebut 10 nama yang akan meninggalkan BN untuk menyertai Anwar bagi menubuhkan kerajaan baru. Salah saorang dari mereka adalah Ghafur.
"Kenyataan anggota parlimen Bayan Baru bodo-bodo...," kata Ghafur yang berucap dalam keadaan marah kepada Zahrain.
Beliau mempertikaikan kenapa Zahrain hanya menyebut beberapa orang sahaja yang mahu melompat sedangkan yang diperlukan Anwar adalah 30 orang..
"Hanya beberapa orang sahaja disebut mahu lompat...mana dia sekolah...mana cukup. Kenapa tidak disenarai mereka yang ke Taiwan itu, saya tidak ke sana," katanya.
Ghafur berkata, mungkin umpan yang diberikan kepada mereka yang mahu melompat tidak cukup sebab itu mereka tidak melompat.
"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang," kata Ghafur diikutikan dengan tepukan gemuruh dalam Dewan Rakyat.
Ghafur juga menolak dakwaan Zahrain kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai komunis berkata, mungkin dia melompat kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki dari kerajaan Pulau Pinang.
Beliau juga mempertikaikan Zahrain kenapa baru sekarang melompat bukan dua tahun lalu.
"Dua tahun baru lompat, kenapa tak lompat awal...sekarang dah jadi bebas...mungkin kerana kocek dah penuh," kata Ghafur.
Ghafur turut mencadangkan agar Umno tidak menerima orang semacam ini jika dia memohon untuk menyertai parti itu.
"Kalau dia boleh gigit tangan ketua dia, dia tentu boleh gigit ketua kita nanti," kata Ghafur.
Ghafur juga berkata, kalau orang macam ini masuk Umno, orang yang ada dalam umno akan keluar.
Ghafur juga berkata, dia tidak akan melompat parti hanya kerana duit yang diberikan tetapi akan melompat jika tidak bersetuju dengan ketuanya.
Menurutnya, pada tahun 1985, PBS (Parti Bersatu Sabah) cuba membelinya untuk keluar parti.
"Tetapi saya tidak terima kerana kalau saya hendak keluar parti kerana tak percaya kepada pucuk pimpinan bukan kerana dibeli," kata Ghafur.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Kepada pengunjung blog Sharpshooter...Setiap hari anda layari internet...layan web...layan blog...layan Facebook.....sharpshooter nak kongsi dengan anda...sharpshooter sudah jumpa cara nak dapat duit tambahan...daftar di sini (ChurpChurp)
APAKAH OPERASI LALANG 1987 BERULANG?
-
Pesta tangkap menangkap berlaku sehari dua ini. Bermula dengan Adam Adli,
hari ini Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar pula disumbat sama ke
lokap b...
Ini Rumah Pemimpin PAS K'tan Yang Mewah?
-
*Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf
Bharu...walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan*
*
*
*SETIAP* orang mim...
KOTA DAMANSARA... SIAPA KHIANAT... SATU LUAHAN
-
Luahan hati petugas Kota Damansara.
Saya merupakan seorang orang luar yg bertugas membantu kota damansara dari
awal. Setelah pilihanraya tamat, saya meliha...
Pokok Pisang disimpan dalam rumah
-
Gambar hiasan. Google.
Barang-barang di kebun yang baru hilang ialah penyorong
barang dan penggali tanah. Pencuri seperti seronok ke kebun
semasa ketiadaa...
P.Pinang 'destinasi berbasikal dunia' - Guan Eng
-
Pulau Pinang tidak mustahil akan menjadi destinasi penggemar-penggemar
berbasikal dunia suatu hari nanti sekiranya aktiviti itu terus dipopular
lagi oleh...
Roadshow Bengkel Blogger 2013 Di Kuantan Ahad Ini
-
[Berita Baik Untuk Anda Yg Berminat Mempelajari Teknik "MEMBUAT BLOG" Dgn
Menggunakan Kaedah "Try N Error" Di Amalkan Oleh CMK Sejak 15 Tahun Lalu ..
...
CERITA AYAH DAN PEGUAM ADAM ADLI DARI LOKAP POLIS
-
dialog ayah Adam dan Adam antara kaca penghalang:
Halim Hamid
as'salam ... maaf lambat beri maklumat (tapi org lain dah lapurkan dulukan?)
jadual bersama ...
Analisis kenapa PR tak menang. -Surat Pembaca.
-
Gua nak bagi satu analisis merapu kenapa PR tak menang tapi dapat undi
popular.
1- terdapat 2 versi senarai daftar pemilih PRU 13. Pertama, versi yg sah
...
Mahkamah lepas, bebas tahanan ISA Yazid Sufaat
-
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan bekas tahanan Akta
Keselamatan Negara (ISA), Yazid Sufaat dan dua lagi membatalkan pertuduhan
mem...
Hi
-
Hello,
Sorry I lost your message, this is Fatin Amir Yunos from UK, I am
Malaysian but have never been there before. I intend to visit Malaysia
pretty s...
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN
-
*NOTA*
paling menarik ialah maklumat tentang india
penduduk 1.1 bilion
menteri kabinet hanya 32 orang
dimalaysia penduduk 28 juta
menteri kabinet 35 orang...
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
-
*Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangku...
Shariff Omar tanding bebas
-
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Shariff Omar
melontar bom pertama sebagai bantahan tidak dicalonkan pada PRU13 oleh
kepimpinan Umno...
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!
-
Semua orang bersemangat nak hadapi pilihanraya..
Semua orang yakin PR boleh menang pilihanraya umum kali ni..
Tapi terlupakah semua orang dengan 8 Tuntutan...
Rupanya Ini Punca Najib Tak Bubar Parlimen Lagi..
-
Ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu, rombakan
besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan
Nasional (BN) kali ini....
Kesetian sahabat, Ahmadinejad kepada Chavez
-
Dalam klip pendek ini, kita boleh melihat kesedihan seorang sahabat,
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad diatas kematian teman seperjuangannya,
Hugo Chavez...
Shafie Afdal liat bayar hutang.. janji tak tepati
-
Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai liat
membayar hutang sehingga memalukan UMNO kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji
Ditepa...
DUN P Pinang lulus undang-undang anti-lompat parti
-
Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk ...
Cara mengatasi ganguan untuk melayari MediaPerak.Com
-
Bertarikh 20 oktober 2012 mediaperak.com telah mengalami masalah suapan
tapak.Pembaca akan mengalami kesukaran untuk memasuki atau melayari web
kami.Buat s...
MB Azizan serah kedudukan kepada Pas Pusat
-
Oleh *ROSLINDA HASHIM
ALOR SETAR -* Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan
beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia a...
Rumah pusaka jadi sarang zina
-
Di Tanjong Bungah, siapa sangka bahawa rumah pusaka peninggalan Sang Ayah
dalam bulan Ramadhan ini, dijadikan sebagai sarang maksiat penzinaan oleh
anak ...
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !
-
TANPA BELAS KASIHAN MENERAJANG DAN MENENDANG PAKCIK TUA ! DIA BERSENJATAKAH KETIKA ITU ? MELAWANKAH PANCIK ITU ?POLIS MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA DAN MERIAM AI...
bantuan banjir.ops dapur kedah|" di alor star
-
Misi Bantuan Banjir telah dilancarkan dengan gabungan Unit Ehsan P.Pinang,
AMK P.Pinang, UKP Permatang Pauh, Persatuan Watami dan Solidariti Anak ...