SharpShooter Followers

Wednesday, March 31, 2010

Calon masih terbuka untuk Hulu Selangor - Anwar


Mana-mana ahli dari Parti Keadilan Rakyat yang masih mahu mengemukakan nama calon untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, boleh berbuat demikian dengan segera.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membuat penilaian terlebih dahulu bersama Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Ketua DAP, Lim Kit Siang sebelum membuat keputusan menetapkan pengganti kepada penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), nama yang mula diperkatakan ialah Syed Shahir Syed Mohamud (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr Badrol Amin Bahrom (Naib Ketua Perhubungan PKR Selangor), Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), dan Datuk Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR cabang Hulu Selangor).

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham mencadangkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin untuk bertanding di kerusi tersebut.

Turut disebut nama Datuk Ismail Kamus yang tewas di tangan di Palanivel pada PRU 2004 untuk bertanding kerana sebelum PKR, Pas telah bertanding di kerusi tersebut.

Dalam tinjauan blog Sharpshooter, Ustaz Dr Badrul Amin mendahului calon-calon lain dengan mendapat undi 309 (46%) dan diikuti dengan Zaid Ibrahim 213 undi (31%)

Dalam perbualan saya melalui telefon bersama Ustaz Dr Badrul Amin semalam, beliau berkata beliau sedia bertanding jika itu keputusan Parti.

Tetapi bagi beliau apa yang lebih penting adalah Pakatan Rakyat berjaya kekalkan kemenangan di Hulu Selangor.

UMNO dan MIC terus bergolak dan berkocak soal kerusi dan calon. Beranikah UMNO dan mampukah UMNO rampas kerusi tersebut.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)