SharpShooter Followers

Wednesday, March 24, 2010

Rumah Chegu Bard di bom

Rumah Badrul Hisham Shaharin, pengarang buku 'Di Sebalik Pembunuhan Altantuya' di Seremban dibom dengan molotov cocktail kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Akibat dibom menggunakan bom minyak itu, menurut Badrul, terdapat kesan kebakaran yang kecil di halaman rumahnya. Pun begitu, beliau mengesahkan tidak ada sebarang kecederaan berlaku ke atas beliau, isterinya dan dua anaknya.

Ujarnya lagi, kedua-dua anaknya hanya mengalami kesesakan nafas akibat asap yang berkepul-kepul dalam rumahnya. Beliau yang juga Majlis Kepemimpinan Tertinggi (MKT) PRK berkata, laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Seremban 2.

"Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya. Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau. Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Beliau adalah bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

Dalam laporannya, beliau menjelaskan bahawa jirannya ternampak dua orang pemuda berkeliaran di sekitar kediamannya, sebelum melontar molotov cocktail ke halaman rumahnya. Bagi Badrul sendiri, beliau tidak mengesaki sesiapa pun.







Pagi tadi sekitar jam 2 pagi rumah pengerusi SAMM, Chegubard telah dilempar dengan bom petrol oleh 2 orang pemuda yang tidak dapat dikenal pasti. bom petrol itu hampir terbakar di bawah kereta kepunyaannya jenis NAZA CITRA.

Ini kerana jiran sebelah chegubard iaitu pelajar-pelajar kolej yang masih belum lagi tidur terdengar bunyi motorsikal jenis RXZ lalu lalang sebanyak 3 kali di hadapan rumah mereka.

Tiba-tiba pelajar-pelajar itu terdengar bunyi seperti kaca pecah dan mereka terlihat api sedang marak menyala dalam perkarangan rumah chegubard dan hampir-hampir bergolek ke bawah keretanya. tindakkan pantas pelajar-pelajar itu berjaya mengawal api dari terus membara. mereka menggunakan berbagai bagai cara untuk memadamkan api tersebut.

Chegubard yang ketika itu sedang tidur, terus terbangun setelah mendengar kekecohan tersebut lalu keluar rumah dan mendapati api telah berjaya dipadamkan dan keadaan ketika itu agak terkawal. Chegubard sendiri mendapatkan penjelasan daripada pelajar-pelajar yang juga jirannya itu bagaimana keadaan boleh berlaku dan rentetan cerita kes khianat yang berlaku.

Lebih kurang jam 3 pagi, sekumpulan aktivis SAMM datang untuk melihat keadaan yang berlaku dan terus membawa chegubard ke balai polis seremban 2 untuk membuat laporan polis.

Setelah laporan diambil, beberapa anggota polis dilihat meronda untuk menyiasat di kawasan berhampiran kawasan kejadian. Unit JSJ juga datang ke tempat kejadian untuk mengambil gambar dan bahan bukti.

Dengan berlakunya kes khianat ini, chegubard menyatakan bahawa ugutan simbolik ini langsung tidak melemahkannya untuk terus berjuang dan akan lebih semangat lagi mendedahkan kezaliman dan penyelewengan mereka-mereka yang terlibat untuk menghancurkan negara malaysia yang tercinta ini.

Akhir kata susuk anak muda ini tidak akan sesekali berubah malah suatu perubahan akan terus berlaku. anak-anak muda khususnya SAMM akan bersama dengan Chegubard dlm meneruskan perjuangan suci ini insyaallah..

SAMM http://solidaritianakmuda.blogspot.com/


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/