SharpShooter Followers

Thursday, March 25, 2010

Zahrian kepanasan akan saman Guan Eng dan Saifudin

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mahu menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mendakwa telah memfitnah beliau.

Beliau juga bercadang menyaman Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan beliau dalam akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan mengenai dakwaan beliau berhutang sebanyak RM1.8 juta dan bercadang melunaskan hutang tersebut melalui projek golf bernilai RM40 juta.

"Saya telah mengarahkan peguam saya ke Pulau Pinang esok untuk menyerahkan surat tuntutan kepada Lim Guan Eng. Kita akan tunggu respons dari pihak beliau sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.

"Saya juga menimbangkan untuk menyaman Saifuddin berkenaan dakwaan saya berhutang RM1.8 juta dan saya mahu menyelesaikan hutang itu melalui projek golf dalam Suara Keadilan," kata beliau pada satu sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

* Alahai Zahrain...makin panas punggung nampak...dah tak tahan ke...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/