AMK P. Pinang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani hari ini untuk mendesak pihak polis membuka siasatan atas dakwaan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh.
Beliau mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.
"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang," kata Ghafur lagi.
Sehubungan dengan itu, AMK P.Pinang mendesak agar polis dapat menjalankan siasatan dengan segera atas dakwaan Ahli Parlimen Kalabakan.
Dalam sidang media yang sama, Ahmad Azrizal Tahir selaku Ketua AMK Bayan Baru berkata "AMK akan menghantar 20 ribu tandatangan pengundi di Bayan Baru kepada Zahrain sebelum Parlimen habis bersidang untuk mendasak Zahrain meletak jawatan".
Saya turut hadir bersama Rizal Hamid, Syed Mikael, Marian Shafiee. Hamizah, Khairil serta Zulkarnain menemani Azrizal Tahir di balai polis tersebut.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago