SharpShooter Followers

Wednesday, March 24, 2010

Bocor maklumat bukan pengkhianat - Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kakitangan kementerian beliau yang didapati membocor serta menjual maklumat perihal keselamtan negara tidak dianggap pengkhianat atas alasan mereka telah dipulihkan oleh Bahagian Risikan Tentera.

Sebelum ini menteri itu mengakui terdapat kakitangan kementeriannya yang terlibat dalam kegiatan pengintipan bagi pihak negara asing dan perbuatan tersebut menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat mendesak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam kegiatan pengintipan serta penjualan maklumat penting berhubung keselamatan negara kepada negara asing.

Pada sidang media yang diadakan semalam, Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata jawapan yang diberikan menteri terbabit mengesahkan berlakunya aktiviti pengintipan atau penyuluhan yang membabitkan isu pertahanan dan keselamatan negara.

"Menteri juga mengakui ada kakitangan di peringkat Kementerian Pertahanan samada 'uniform' darat, laut dan udara atau pun 'civilian' disamping mengesahkan kemungkinan seorang atau lebih yang terbabit.

"Kementerian tersebut juga berpendapat mereka yang membocorkan rahsia pertahanan negara tidak boleh dianggap pengkhianat dengan alasan mereka ini telah berjaya di 'turnover' oleh pihak risikan tentera.

"Seterusnya, menteri juga sedar dan akui ada negara asing yang terbabit tetapi menggunakan alasan hubungan dua hala yang selesa", kata Saifuddin.

Pakatan Rakyat tambah Setiausaha Agung KEADILAN itu mendesak Kementerian Pertahanan mengenakan tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu atau mereka yang terbabit kerana isu pengintipan merupakan perkara yang besar dan serius.

"Pakatan Rakyat juga ingin mengetahui adakah langkah tindakan diplomatik seperti nota bantahan sudah dihantar kepada negara asing terbabit yang didakwa melakukan pengintipan di negara ini," tegas Saifuddin.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara oleh pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia yang dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/