SharpShooter Followers

Thursday, March 25, 2010

Pemuda UMNO masih ada taringkah?

Lima pemimpin akar umbi Umno bahagian Padang Besar, dipanggil ke pejabat Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Dr Md Isa Sabu petang ini, berhubung mesyuarat tergempar mereka yang menyokong peletakan jawatan ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Mereka terdiri daripada empat pemimpin Pemuda Umno bahagian dan seorang ahli jawatankuasa bahagian.

Ketika dihubungi pagi ini, ketua penerangan Pemuda Umno bahagian, Aidi Helmi Mohamed mengesahkan mereka telah dihubungi oleh setiausaha politik menteri besar, Azali Abas malam tadi.

Menurutnya, Azali meminta mereka hadir menemui beliau petang ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka belum dimaklumkan masa sebenar pertemuan tersebut.

Aidi Helmi juga berkata, sehingga ini mereka belum pasti sama ada pertemuan juga membabitkan menteri besar sendiri.

Semalam, barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam sebelumnya yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Manakala Aidi Helmi pula mengeluar kenyataan, menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat tersebut dikeluarkan dan tidak pernah mengadakan apa-apa pertemuan sama ada untuk memujuk Yip menarik balik surat peletakan jawatannya.

Sebaliknya, beliau mendakwa Yip telah berbohong dan mempergunakan nama Pemuda Umno untuk menutup keterlanjurannya menyerahkan surat tersebut.

* Pemuda UMNO memang bacul dan penakut. Selepas ini mereka akan kata "kami akur dengan kehendak parti".

Pemuda UMNO mudah diugut kerana mereka hidup bergantung pada projek. Mereka terpaksa akur, kalau tidak projek melepas.


Dulu Pemuda UMNO P.Pinang gegak gempita nak bela isu Melayu terpinggir, tetapi bila Koh Tsu Koon panggil semuanya diam sebab semua dapat projek.

Sekarang Pemuda UMNO P.Pinang lagi teruk, diajak berdebat tentang isu Melayu, lari hingga terkencing sampai buat laporan polis.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/