SharpShooter Followers

Monday, March 08, 2010

Adakah polis nak siasat laporan terhadap blog pro umno

Laman blog yang didakwa kepunyaan penulis blog pro-UMNO didakwa menyiarkan gambar lucah dan terlampau.

Ketua Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, laman blog berkenaan menyiarkan gambar dan artikel yang keterlaluan termasuk menyentuh sentimen perkauman.

Katanya, apa yang mendukacitakan, laman blog berkenaan turut dihiasi gambar-gambar superimpose melampau termasuk gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditindih.

“Kami percaya ini adalah antara laman-laman milik blogger pro-UMNO.

“Ini berikutan ada penyokong UMNO yang marah dengan tindakan MCA dan Gerakan tidak menyertai demonstrasi di kedutaan Australia yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN), dan dalam blog pro-UMNO berkenaan menyiarkan ketidakpuasan hati terhadap MCA dan Gerakan dengan mengatakan mereka tidak berminat untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia, sudah terang-terangan ia berbentuk perkauman,” katanya selepas membuat laporan polis mengenai wujudnya laman berkenaan di Balai Polis Sungai Nibong.

Hadir sama, Ketua Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik, Exco Pemuda Pas negeri, Mohd Faruk Abdul Rahman dan kira-kira 20 wakil pemuda Pakatan Rakyat (PR).

Wei Aik berkata, kenyataan melalui laman blog berkenaan dilihat mengandungi isu perkauman kerana kaum Cina bukan sahaja berada dalam MCA dan Gerakan.

Berikut ialah salinan report yang akan dibuat jam 11.30 pg nanti di Balai Polis Sg.Nibong, P.Pinang.

Laporan Polis

7 Mac 2010

Saya.Jordan Kee Yu Wah no. kad pengenalan xxxxxx xx xxxx dengan ini ingin membuat laporan polis

Laporan Polis ini dibuat ke atas laman blog pro Umno yang secara jelas memainkan sentimen perkauman dan menyiarkan gambar yang lucah dengan tujuan sengaja menghina.

Contohnya dalam satu artikel berkenaan dengan Demonstrasi Pemuda Bn di depan kedutaan Australia, penulis blog marah apabila MCA dan Gerakan tidak turut serta dengan memberi komen menghina kaum cina yang kononya orang cina tak cintakan negara. Bukan semua masyarakat cina, orang Mca atau Gerakan. Mca dan Gerakan tidak sokong Khairy, itu masalah politik Bn bukan masalah negara. Sebaliknya penulis cuba menutup masalah Bn dengan memainkan sentimen perkauman melampau.

Laman – laman tersebut juga turut terlibat menyiarkan gambar – gambar lucah. Gambar – gambar tersebut dengan jelas telah diubah suai untuk tujuan menghina.

Untuk tujuan memudahkan penyiasatan pihak polis boleh mengakses

Laman Umno Reform sebuah laman yang juga pro Umno telah menyiarkan dua artikel yang mengkritik tindakan 'akal sempit' sekumpulan laman yang dikatakan didalangi kumpulan tertentu pemuda Umno (yang anti Khairy).

Tindakan segera harus dilakukan. Laman blog pro Umno ini semakin gila memainkan sentimen perkauman dan menggunakan gambar yang diubah suai dengan unsur lucah yang amat tidak sesuai jika ditonton oleh remaja dan kanak – kanak, kegilaan mereka semakin meningkat seiring dengan masalah politik dalaman Umno dan Barisan Nasional.

Sekian laporan saya

Jordan Kee Yu Wah







* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/