Inilah kedudukan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen ketika ini. Bebas kini 5 kerusi diketuai oleh Ibrahim Ali, Zahrain, Tan Tee Beng dan 2 lagi dari Sabah.Selepas ini, jika ada dua orang lagi Ahli Parlimen PKR yang mengikut jejak Zahrain dan Tan Tee Beng, ini bermakna PKR akan tinggal 27 kerusi sahaja.
Adakah Anwar Ibrahim akan kekal lagi sebagai Ketua Pembangkang? atau DAP akan menjadi Ketua Pembangkang.
Zahrain dan Tan Tee Beng adalah pengkhianat kepada rakyat. Rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka berdua tetapi adalah kerana mereka adalah calon Pakatan Rakyat.
Jika mereka berdua adalah Ahli Parlimen yang bertanggung jawab dan bermaruah, mereka sepatutnya meletak jawatan.
Jika kita teliti kenyataan media Zahrain dan Tan Tee Beng, mereka amat kecewa bila 16 September yang diwar-warkan Anwar akan ambil alih Putrajaya, tidak menjadi kenyataan.
Adakah Anwar berbohong? sebenarnya Anwar tidak berbohong tetapi Anwar gagal sebenarnya.
Adakah Pak Lah juga berbohong bila beliau berkata BN akan tawan Kelantan tetapi akhirnya Kelantan tetap milik Pakatan Rakyat. Pak Lah tidak berbohong tetapi Pak Lah gagal sebenarnya.
Kalaulah ditakdirkan 16 September menjadi kenyataan, mereka berdua inilah yang mula-mula sekali akan menjadi orang paling kuat sokong Anwar dan dengan harapan mereka akan dilantik menjadi Menteri.
Inilah hikmahnya bila 16 september tidak menjadi kenyataan. Allah lebih tahu akan segalanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/