SharpShooter Followers

Thursday, March 04, 2010

Najib dan Khairy dijemput hadir ke Debat Perdana

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini menjemput Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu kehormat dalam debat perdana berhubung dakwaan Melayu terpinggir di negeri itu.

Turut dijemput Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ketua penerangannya Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican.

Surat tersebut antaranya memaklumkan tempat debat bertajuk 'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' pada 7 Mac ini.

Surat kepada pemimpin Pemuda Umno diserahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang, Rizal Hamid melalui seorang pegawai di pejabat pergerakan tersebut di Bangunan PWTC Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Sementara surat kepada Najib diserahkan di pejabat setiasusaha agung Umno melalui seorang pegawainya kira-kira jam 11.45 pagi

Turut mengiringinya ahli Majis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin.

Pada sidang media selepas itu, Badrul berkata Pakatan dan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan diteruskan walaupun pihak terbabit hanya menghantar wakil.

Ditanya kemungkinan kumpulan tersebut tidak hadir, Badrul berkata: "Terpulanglah kepada mereka. Rakyat akan menilainya."

Saya berada di KL dan akan bersama Chegu Bard ke balai polis Dang Wangi untuk buat laporan polis tentang penemuan bukti terbaru kes Altantuya.

Chegu Bard tidak henti-henti terima tel dari SB supaya laporan polis jam 2.30 petang ini dibatalkan.

Kami akan teruskan buat laporan tersebut. Nantikan berita menyusul.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/