Kenyataan TKM 1 P.Pinang bahawa kemungkinan besar 5 lagi MP PKR yang akan keluar PKR menjadi perbualan dan tanda tanya. Siapakah mereka-mereka itu.
Adakah saya tahu siapa mereka-mereka itu, jawapannya ya..
Tetapi bukan sekarang saya perlu dedahkan, cuma harapan dan doa saya agar mereka ini fikir semasak-masak dan fikirkan tentang rakyat yang mengundi mereka. Jangan jadi pengkhianat kepada amanah rakyat.
Kenapa mereka ini mahu keluar PKR?
1) Mereka memang ditawarkan habuan lumayan dan mereka ini gagal menghadam perjuangan rakyat dan mereka adalah penghianat rakyat.
2) Mereka tahu prestasi mereka lemah dan jarang turun padang. Mereka juga tahu bahawa mereka juga tidak akan dicalonkan semula oleh PKR pada PRU 13. Sebab itu bila ada peluang, membujur lalu... melintang sapu.
3) Mereka amat kecewa bila 16 September gagal menjadi kenyataan. Jika 16 Sept menjadi kenyataan, mereka-mereka inilah yang akan mula-mula melobi untuk jawatan Menteri.
4) Alasan bahawa mereka hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR, isu Allah hanyalah alasan semata-mata tetapi bukan itu sebab yang sebenarnya.
P.Pinang cuma ada 4 MP sahaja iaitu Anwar Ibrahim, Yusmadi, Zahrain dan Tan Tee Beng. Dua badut hitam sudah pergi tak kembali. Adakah Anwar Ibrahim sahaja yang akan tinggal sebagai MP PKR tunggal seperti tahun 2004?
Allah Maha Mengetahui.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
1 day ago