SharpShooter Followers

Friday, June 04, 2010

Rakyat belum bebas dari fahaman Yahudi

Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi. Kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

KL. Jun 4 10: Menurut Blog Ibnu Hasyim: Meneliti ucapan lanjut beliau seperti yang disiarkan HarakahDaily (Rakyat belum bebas daripada fahaman Yahudi) , hal ini dilihat adalah kerana...

Pertama: '...selagi negara (Malaysia) tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide.' Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel..

Kedua: '... namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik' sambung beliau.

Ketiga: “Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun,” ujarnya yang juga Musyidul Am PAS.

Keempat: Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

Kelima: “Setiap kali sembahyang kita membaca Al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani,” ujarnya. (Itu sumpah janji kita kepada Allah melalui bacaan Al-Fatihah dalam sembahyang wajib, sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam).

Akhirnya: Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya. (Dari segi tangkap dan kurung rakyat Malaysia, kerajaan BN lebih teruk dari Yahudi?)

Beliau (Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz) bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu. (2MA)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/