SharpShooter Followers

Thursday, January 20, 2011

Dari Allah kita datang kepadanya kita kembali - Al-Fatihah

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.

NONEKematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.

Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu tengahari, Isnin lalu.

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.

"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.

Mohd Ali dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kematian pengerusi jawatankuasa pertanian dan pembangunan desa negeri itu.

Sharpshooter - Dari Allah kita datang..kepadanya kita kembali..takziah buat keluarga Allahyarham..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...amin...Al-Fatihah

Pilihanraya kecil lagi nampak gayanya, P.Pinang sudah (P.Pauh, Penanti, Permatang Pasir), Kedah sudah (Bukit Selambau), Perak sudah (Bukit Gantang), Kelantan sudah (Manek Urai, Galas), Terengganu sudah (Kuala Terenganu), Selangor sudah (Hulu Selangor), Negeri Sembilan sudah (Bagan Pinang), Sabah sudah (Batu Sapi), Sarawak sudah (Sibu, Batang Ai), Johor sedang berlangsung (Tenang), dan akan berlangsung Melaka (Merlimau) dan kemungkinan besar Selangor (Pelabuhan Klang). Di Kedah Kota Seputih dan jadi Kota Gelap dah nampak gayanya.

Keputusan PRU 2008

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/