Lebih 80 penduduk kampung membantah tindakan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) di Pulau Pinang melabelkan mereka sebagai 'setinggan yang menetap di tanah haram”.
Penduduk yang berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, memegang sepanduk dan memijak gambar pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana mengeluarkan kenyataan di akhbar pada 17 januari lalu.
Mereka juga menuduh Nur Jazlan, yang juga ahli parlimen Pulai sebagai tidak bertanggungjawab, tidak bermoral, bodoh dan buta sejarah berhubung asal usul kampung mereka.
Ketua kampung, Tanjung Tokong, Mohd Musannif Zainal Abidin juga memberi tempoh tiga hari kepada Nur Jazlan bagi menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf.
“Jika dia tak respon, kita akan hantar memorandum kepada UDA Holdings dan perdana menteri” kata Mohd Musannif.
Sementara itu, pengerusi GPMS Tanjung Bungah, Jazmin Abdul Karim berkata penduduk kampung amat terguris dengan kenyataan Nur Jazlan.
“Kita telah menetap di sini sejak beberapa generasi... kenapa panggil kami setinggan?” soalnya.
“Kami mohon campur tangan Najib Razak dan mohon bantuannya.”
Kampung Tanjung Tokong kini menghadapi projek pembangunan besar-besaran dan rundingan dengan UDA serta penduduk bagi pakej pampasan sedang berjalan dan kedua-dua pihak sepatutnya tidak seharusnya mendedahkan hasil rundingan berkenaan.Kampung Melayu terakhir
Namun penduduk dilaporkan berang apabila Nur Jazlan dilaporkan berkata UDA cuba sedaya upaya memenuhi segala tuntutan mereka meskipun ada yang tidak masuk akal.
Pengerusi UDA itu berkata penduduk kampung tersebut menetap secara haram di tanah miliknya dan jika tanah berkenaan gagal dibangunkan, maka UDA akan gagal membantu masyarakat bumiputera di Pulau Pinang.
Nur Jazlan membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas tuntutan penduduk kampung yang mahu pampasan RM300 juta bagi mengambil-alih tanah mereka.
UDA Holdings telah memperuntukkan RM80 juta bagi memindah dan membangunkan Kampung Tanjung Tokong yang dijadualkan bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Kawasan ini dianggap sebagai perkampungan Melayu terakhir - kebanyakan penduduknya adalah nelayan yang telah menetap sejak beberapa generasi lalu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sultan Pahang Titah Kerajaan Kurangkan Retorik, Percepatkan Projek Tembatan
Banjir Di Negeri Ini
-
*TEMERLOH:* Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah hari ini menitahkan agar kerajaan mempercepat projek tebatan
banjir.
T...
12 hours ago