Khairy meniru cara dan stail Chegubard dan AMK P.Pinang apabila beliau mahu menghantar surat jemputan debat antara beliau dengan Anwar di Pejabat Keadilan Tropicana hari ini.
Sebelum itu Anwar telah mencabar Najib untuk berdebat dengannya setelah Najib memperlekehkan agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat. Sebenarnya buku inilah yang membuatkan pimpinan umno "raplah jingga" kata orang P.Pinang.
Sharpshooter ingin mengimbau kembali tahun lalu (2010) ketika isu Melayu P.Pinang begitu hebat dimainkan dan diserang setiap hari oleh media arus perdana terutamanya tv3 suku dan utusan meloya.
Ketika itu Pemuda UMNO mahu mengajak Guan Eng berdebat isu Melayu P.Pinang.
Lantas Chegubard dan AMK P.Pinang pantas bertindak untuk mematah hujah dan isu Melayu P.Pinang dengan mengajak Pemuda UMNO, GPMS dan Dewan perniagaaan Melayu berdebat.
Kami berpecah kepada dua kumpulan, sharpshooter, Rizal Hamid, Zulkarnain dan Zul mamak bergegas ke Kuala Lumpur bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyerbu bangunan umno di PWTC untuk menghantar surat jemputan kepada najib dan khairy untuk hadir pada debat tersebut.
Terimakasih kepada Malaysiakini dan TV Pas yang telah sudi merakamkan video detik bersejarah seperti di bawah ini.
Manakala di P.Pinang, pada hari yang sama, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menghantar surat kepada pemuda umno di bangunan umno jalan Macalister di P.Pinang. Pada petang tersebut juga Norman mengoyak surat jemputan debat tersebut.
Kemuncaknya pada 7 March 2010, tidak ada seorang pun yang berani hadir samada dari pemuda umno, gpms ataupun dewan perniagaan melayu P.Pinang.
Rakyat menyaksikan betapa takut dan baculnya pemuda umno kerana mereka tidak berani hadir. Kesan dan impaknya selepas peristiwa tersebut adalah isu Melayu terus senyap dan lenyap. Berita lanjut di sini.
Inilah satu kejayaan AMK P.Pinang dan Chegubard yang bertindak pantas mengatur strategi untuk mematahkan hujah musuh.
Tetapi sayangnya Keadilan mempunyai Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang mempunyai kelulusan UK setaraf dengan Khairy dan Ketua AMK Shamsul Iskandar yang di bawah naungan Anwar kelihatan agak lesu dan tidak mampu untuk mematahkan hujah dan tindakan khairy tapi tak mengapalah itu pilihan Anwar...so its ok...Sivaji The Boss...
Sharpshooter mengikuti secara dekat apa tindakan Pengarah Strategi Keadilan Pusat Rafizi Ramli yang dilantik oleh Anwar samada dalam web atau twitter atau facebooknya.
Ternyata beliau gagal berbuat sesuatu yang memberi kesan dan impak besar kepada serangan khairy. Maafkan sharpshooter Rafizi, teguran untuk kebaikan, kelulusan tinggi belum menjamin boleh bertindak pantas dan mengatur strategi yang baik. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Namun begitu, pujian wajar diberi kepada Rafizi Ramli kerana menyiapkan Buku Jingga yang berjaya membuatkan pemimpin umno "raplah jingga".
Manakala Ketua AMK Shamsul Iskandar pula baru semalam keluarkan kenyataan debat di sini. AMK kena agresif dalam tindakan dan sepatutnya lebih tahu bagaimana mahu bermain dalam "game perang saraf" dalam dunia politik ini.
Kenyataan seperti itu tak cukup, kena agresif lagi dan tahu bagaimana untuk mematahkan tindakan dan hujah khairy. Sharpshooter berharap Shamsul Iskandar berlapang dada terima teguran ini demi untuk kebaikan Parti Keadilan Rakyat.
Malaysiakini baru melaporkan pemuda umno serah surat jemputan debat di Pejabat Keadilan Tropicana di sini. Manakala Malaysian Insider pula melaporkan di sini
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
P.Pg hanyut diseret arus DAP. UMNO 'hilang'?
-
*1. Keadaan jalan raya di Pulau Pinang tanda mutu kerja teruk – CAP*
PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan
Negeri Pulau...
5 hours ago