Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.
SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.
“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.
“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”
Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.
“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.
Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.
Leong juga menafikan bahawa wanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.
Sharpshooter - Maklumat yang diterima ahli politik yang dimaksudkan adalah Ketua Bahagian MCA Lenggong, Perak.
Adakah benar? Jika benar kita tidak hairanlah mengapa hero porno MCA boleh menang jadi Presiden MCA.
Teringat lagu "Kalau Berpacaran"....
"Boleh pandang-pandang.....
Jangan pegang-pegang....
Duduk renggang-renggang....
Bertambah sayang...."
Jom layan video dibawah...hahahaha...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago