Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah tiga bilik yang didiami mereka musnah sama sekali. Lebih malang, kejadian berlaku ketika mereka tiada di rumah.
Norizan ketika ditemui berkata, api dikatakan muncul dari bahagian bilik tidur dan marak hanya dalam masa hanya beberapa saat.
Menurutnya, penduduk cuba memadamkan api bagi mengelakkan ia terus merebak ke rumah sebelah. Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah gagal ekoran api yang terlalu marak.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, penduduk hanya sempat mengalihkan dua buah motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, manakala yang lain tidak dapat diselamatkan.
“Kejadian in benar-benar mengejutkan kami kerana bunyi letupan itu sangat kuat hingga menggegarkan rumah kami,” katanya.
Menurutnya, dia bergegas pulang dari Tanjung Piandang selepas dimaklumkan jiran kira-kira jam 11.25 malam mengatakan rumahnya sedang terbakar.
“Saya tidak menyangka kejadian buruk ini menimpa kami sekeluarga kerana sebelum keluar rumah pada jam 4.30 petang, saya memastikan semua suis dalam rumah ditutup. Malah, tiada suis yang rosak kerana semua sudah diganti baru.
“Semua perkakasan di dalam rumah, dua buah komputer riba, satu komputer, tiga televisyen dokumen penting termasuk wang tunai RM5,000 hangus. Saya bercadang untuk memasukkan duit itu ke dalam bank pada Isnin nanti memandangkan Sabtu Ahad adalah hari cuti, tetapi apakan daya,” katanya yang menganggarkan jumlah kerugian mencecah RM60,000.
Dia yang bekerja sebagai pemandu forklift berkata, mereka sekeluarga menumpang di rumah jiran buat sementara waktu sebelum sebarang keputusan lain diambil.
Katanya apa yang berlaku sudah ditakdirkan, dan mereka reda dengan kejadian yang menimpa.
YB Ong juga telah mengarahkan Jabatan Kebajikan dan Pejabat Daerah untuk meninjau dan memberi bantuan segera.
Sebanyak RM5,000.00 bantuan mangsa kebakaran akan diberikan kepada mangsa dalam masa terdekat.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/