SharpShooter Followers


Wednesday, January 12, 2011

Yb Shuhaimi lompat tidak benar

Khabar angin mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei, yang kini berhadapan dengan serangan Umno-BN kononnya telah menghina Sultan Selangor, adalah palsu dan fitnah, kata PKR Kota Raja hari ini.

Naib Ketua PKR Kota Raja, Kamarudzaman Sanusi berkata, khabar angin mengatakan Shuhaimi mahu meletakkan jawatan tidak benar sama sekali dan tidak akan berbuat demikian.

Beliau percaya khabar angin itu dibuat musuh-musuh politik yang cuba mahu menjatuhkan imej Shuhaimi sebagai wakil rakyat.

Khabar angin Shuhaimi mahu meletakkan jawatan disebarkan melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) bermula sejak pagi tadi.

Khabar angin itu menyebabkan pemberita dan jurugambar berkumpul di pejabatnya sejak 10 pagi tadi.

Khabar angin mengenainya juga diperkatakan sejak awal minggu ini.

“Ini bukan satu sidang media yang terancang, satu SMS kata YB Shuhaimi mahu meletakkan jawatan selaku Adun (Sri Muda).

“Saya nak sebut SMS itu adalah palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh-musuh tertentu yang berkepentingan," kata Kamarudzaman pada sidang media di pejabat Adun Sri Muda, Kota Kemuning di sini.

SMS yang disebarkan awal pagi tadi berbunyi: “Sidang media YB Shuhaimi Adun Sri Muda akan umum peletakan jawatan sebagai Adun jam 10 pagi 12 Januari (hari ini).

Kamarudzaman menegaskan Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua PKR Kota Raja tidak akan meletakkan jawatan walaupun berhadapan dengan tekanan dan serangan Umno-BN.

“SMS yang diterima adalah palsu, adalah satu yang mustahil YB Shuhaimi mahu letakkan jawatan.

“Ini (SMS) bukan daripada YB Shuhaimi, beliau tak akan meletakkan jawatan. Ketika dihubungi YB Shuhaimi juga menafikan... beliau menafikan.

“Saya percaya beliau juga ada dapat ‘copy’ itu (SMS), saya percaya ini adalah permainan politik jahat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti siapa “dalang” yang menyebarkan SMS berunsur fitnah itu.

“Kami tak ada bukti, mungkin ia dilakukan musuh politik. Sejak YB Shuhaimi jadi wakil rakyat, ini kali pertama dapat SMS kata beliau nal letak jawatan, kalau lompat parti pula dah banyak.

“YB Shuhaimi tidak akan lompat parti, sudah tentu saya kata tidak...kalau saya mati hidup semula pun saya tidak akan percaya,” katanya.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen daripada Shuhaimi masih belum berhasil.

Tambah Kamarudzaman, Shuhaimi akan memberi keterangan kepada polis di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor petang ini berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Datuk Mohd Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Sebanyak 25 laporan polis telah dibuat terhadap Shuhaimi berhubung isu itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/