SharpShooter Followers

Wednesday, March 03, 2010

12 MP PKR berdiri teguh menyokong Anwar

12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.

Tindakan itu sekaligus menafikan momokan kononnya lebih ramai ahli parlimen PKR akan meninggalkan parti itu.

“Kami mengambil ketetapan sekeras- kerasnya menolak dakwaan kami akan meninggalkan parti seperti mana yang dispekulasikan pihak- pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Keadilan.

“Hakikat sebenarnya adalah Umno-BN yang berasa gusar melihat gelombang kedua sokongan rakyat kepada pimpinan Pakatan, Terutamanya berkaitan kes fitnah kedua yang melibatkan Datuk Seri Anwar ibrahim. Umno-BN cuba mengalihkan tumpuan kepada kemerosotan ekonomi negara dan isu-isu nasional yang semakin parah dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyelesaian,”kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama sembilan lagi Ahli Parlimen yang didakwa kononnya akan keluar parti.

Sembilan lagi Ahli Parlimen adalah, Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab. Aziz Ab. Kadir (Ketereh), Yusmadi Yussof (Balik Pulau), S. Manikavasagam (Kapar), Datuk Rashid Din (Merbok), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Dua lagi Ahli Parlimen, yang turut menandatangai kenyataan bersama itu iaitu n. Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) tidak dapat hadir kerana masing-masing menghadir mesyuarat daerah dan berada di luar negara.

Dalam sidang media itu, mereka juga menegaskan akan tetap mempertahankan prinsip keadilan dan keurtuhan Pakatan Rakyat.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa sokongan kami tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Keadilan dan juga pemimpin Pakatan,”tambah Kamarul.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/