SharpShooter Followers

Wednesday, March 03, 2010

Reformis berdiri teguh dibelakang Anwar

Kenyataan Akhbar

Aktivis Reformasi
3 Mac 2010

Kami diberi mandat untuk mewakili lebih 2000 aktivis reformasi seluruh negara dengan ini dengan tegas menyatakan:

1. Kami menyokong penuh kempimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kami percaya hanya beliau mempunyai iltizam yang kuat dan mampu untuk membawa agenda reformasi serta perubahan di negara ini. Menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

2. Menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, kerana agenda Pakatan Rakyat jelas membawa perubahan; menghapuskan rasuah dan merealisasikan hasrat 'Malaysia Baru'.

3. Tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut. Tindakan mereka juga jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam pilihanraya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

4. Oleh itu, kami mencabar golongan ini supaya bersikap 'jantan' dengan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Hanya dengan cara itu dapat mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan sama ada tindakan mereka mendapat restu pengundi.

5. Menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstarasi aman di kawasan Parlimen mmasing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti.

6. Mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan ini adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia.

7. Menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat jumlah wang yang ditawarkan kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Wakil-wakil aktivis reformasi:

Nasir Isa
Mohd Hamdi Mohd Said
Badaruddin Ismail
Syed Baniamin Syed Baharuddin
Norzairi Jantan
Sow Hock Hin
Badrulhisham Mohd hanafiah
Mohd Hafifudin Nordin
Pospan Lingam Sinakanu
Abdul Rahman Hackeem
Zainal Misran (Enot)
ZunarHaili Ahmad

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/