SharpShooter Followers

Sunday, March 14, 2010

Alahai Zahrain...mujur tidak kena teloq kemuruk.

BAYAN BARU 13 Mac - KEADILAN Cabang Bayan Baru hari ini mendesak agar Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim meletakkan jawatan kerana didakwa mencabuli amanat serta mengkhianati janji kepada rakyat.

Sehubungan itu ahli jawatankuasa serta ahli cabang itu menyerahkan memorandum yang mengandungi sebanyak 2,108 tandatangan kepada Zahrain di Dewan Tabung Haji bagi mengesa beliau mengosong kerusi Parlimen tersebut supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan.

Lawatan Zahrain ke kawasan Parlimen beliau hari ini dipercayai kali pertama dalam tempoh tiga bulan.

Desakan ini dibuat berikutan tindakan Zahrain bertindak keluar daripada KEADILAN dan menjadi anggota Parlimen Bebas 12 Februari lalu.


Menurut ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir, Pakatan Rakyat tidak memerlukan Zahrain untuk memimpin rakyat Bayan Baru justeru tindakan beliau itu yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi beliau pada pilihan raya umum 2008.

"Kami mahu Zahrain meletak jawatan sebelum sidang Dewan Rakyat berlangsung 15 Mac ini.

"Rakyat mempertikaikan jawatan Ahli Parlimen yang disandang beliau ekoran kritikan keterlaluan beliau kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Ahmad Azrizal.



Pegawai JKK Permatang Damar Laut Sharonni Hasan pula berkata Pakatan Rakyat akan terus mendesak Zahrain meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau.

Ahli jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN Bayan Baru Afiq Ilfiq turut bersetuju dengan desakan tersebut sambil menyatakan ia adalah bertujuan membersih serta melancarkan pentadbiran politik dalam Pakatan Rakyat.

"Rakyat mahukan politik baru untuk membentuk pemimpin yang adil ke arah mencapai negara yang demokratik, progresif dan bersatupadu," kata Afiq.

Seorang pengundi Bayan Baru Sha’ari Md Salled berkata sebagai pengundi beliau amat kesal dan kecewa dengan tindakan Zahrain keluar parti memandangkan beliau telah diberikan tanggungjawab menjaga amanat rakyat pada PRU lalu.

"Tindakan Zahrain itu ternyata mengkhianati harapan rakyat di Bayan Baru yang memilihnya untuk perubahan dua tahun lalu. Ini juga membuktikan beliau tidak mempedulikan hak dan kebajikan rakyat.

Dalam reaksi beliau kepada media Zahrain berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana keputusan samada beliau berbuat demikian adalah haknya.

"Pendirian saya jelas dalam perkara ini, saya mahu meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat Bayan Baru sebagai wakil rakyat Bebas," kata Zahrain.

Hj Mohsin amat marah dengan tindakan Zahrain. Saya memang kenal sangat dengan beliau sebagai aktivis PAS di Teluk Kumbar.


Di belakang Azrizal (berbaju hitam) itu adalah Mat Siam. Mat Siam adalah sahabat baik saya seorang aktivis PAS di Teluk Kumbar. Nama pun Mat Siam sebab jenis 'perut hijau orang Siam'. Bekas tahanan demo 'Bersih' . Semangatnya memang kental.

Saya mohon maaf sebab tidak dapat bersama kerana berada di Gombak. Semalam saya sampaikan ucapan di Kg Melayu Wira Damai, Batu Cave atas jemputan YB Amirudin Shari Adun Batu Cave.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/