SharpShooter Followers

Sunday, March 14, 2010

"kita akan basahkan keris ini dengan darah Cina..." mungkinkah akan berulang

Dalam kekusutan dan kekecohan MCA berhadapan dengan masalah dalamannya, Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir pada 7 Februari 2010, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi serta budaya.

Antara resolusi yang diluluskan sebulat suara yang menarik perhatian saya adalah mengenai penambahan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, perubahan dan inovasi pengkongsian kuasa Barisan Nasional (BN), penambahan sekolah vernakular dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di semua sekolah persendirian Cina.

Satu lagi resolusi yang paling saya tidak dapat terima ialah campurtangan mereka dalam hukuman sebat yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Sikap mencampuri urusan rumah tangga orang lain boleh dikira biadab ketika mana rumah tangga sendiri berantakan. Tidakkah mereka sedar bahawa selama ini umat Islam di negara ini, tidak pernah campurtangan sama sekali dalam urusan orang bukan Islam.

Licik sungguh mereka ini, sesuatu yang dirasa ‘menggugat’ kedudukan mereka didesak habis-habisan manakala yang boleh diambil kesempatan dan peluang disokong tanpa berbelah bahagi seperti gagasan 1Malaysia, yang pada pandangan mereka berasaskan konsep sama rata dan sama rasa.

Berita lanjut di sini.

Mungkinkah peristiwa 1987 akan berulang di mana ketika itu Pemuda UMNO diterajui oleh Najib mengatakan "kita akan basahkan keris ini dengan darah Cina..."

Bukankah Pemuda UMNO satu-satunya pejuang Agama Bangsa dan Negara?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/