skip to main |
skip to sidebar
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menziarahi keluarga allahyarham Mohd Salleh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya 13 Mac lalu yang membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua.
Lawatan semalam itu diketuai oleh ketua AMK Johor, Zabidie Abas dan beberapa pemimpin lain bagi menyampaikan ucapan takziah dan rasa prihatin mereka berhubung kejadian berkenaan.
Kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga allahyarham.
Mereka menghabiskan hampir satu jam setengah berbincang serta mendengar luahan keluarga allahyarham mengenai apa yang terjadi.
Menurut Zabidie, kunjungan susulan akan diadakan bagi memastikan hubungan sosial tidak terputus.
Pada kejadian Satu lalu, anggota tentera itu terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta yang dinaiki Tian Chua di KM49, Jalan Johor Baru-Mersing dekat Hutan Lipur Pantai, dekat Kota Tinggi.
Mohd Salleh Hamdan, 22, dari Kem Iskandar, Mersing dalam perjalanan ke Kota Tinggi, manakala Tin Chua pula menuju ke arah Mersing selepas menghadiri satu majlis di Kota Tinggi.
Pemandu kereta yang dinaiki Tian Chua - Zaharuddin Ayob, 45, dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke dalam lorong sebelahnya dan berlanggar dengan motosikal tersebut.
Zaharuddin dan Tian Chua tidak cedera.
Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Mersing, turut terlanggar motosikal Mohd Sallah tetapi penunggangnya, Mohd Zairi Mansor, 29, hanya cedera ringan