SharpShooter Followers

Monday, March 08, 2010

Dr. Yusof Al-Qaradawi Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 punca sebenar Polis Merusuh


Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 Dr Yusof Al-Qaradawi adalah punca sebenarnya polis merusuh dalam program sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat memerintah semalam di Kg Baru.

Dr Yusof Al-Qaradawi merupakan Pengerusi Ulama Islam Sedunia. Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan tahun lalu.

Beliau sebenarnya sudah lama diundang oleh Kerajaan Malaysia tetapi beliau tidak mahu hadir selagi Anwar Ibrahim tidak bebas.


Pada tahun lalu, beliau sudi datang ke Malaysia tetapi dengan syarat beliau tidak disekat untuk berjumpa dengan sesiapa pun termasuk Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Najib mahu dilihat seolah-olah beliau juga boleh mendampingi Ulama Dunia ini untuk kerpentingan politiknya maka Najib terpaksa akur dengan syarat Dr Yusof Al-Qaradawi.



Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi , 19 Disember 2009


Beliau datang ke Malaysia semasa Pakatan Rakyat melakar sejarah Malaysia kerana berjaya mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.


Lebih memedihkan hati Najib apabila Dr Yusor Al-Qaradawi pula menyampaikan ceramah perdananya sempena Maal Hijrah di Masjid Shah Alam selepas berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat.


Semalam polis merusuh apabila terdapat satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.



Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

"Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka... Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

"Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

"Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar," katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

"Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang".

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Inilah punca sebenar kenapa Polis merusuh kerana najib takut vcd ini ditayangkan kepada rakyat.

Saya cabar Khairy, jika Pemuda UMNO anak jantan, ayuh himpunkan seluruh jentera dan balaci Pemuda umno termasuk Perkasa dan yang sewaktu dengannya, buatlah demo perdana di hadapan kedutaan Qatar atau Mesir kerana Dr Yusor Al-Qaradawi telah mencampuri kes Anwar Ibrahim.

Jika 50 Ahli Parlimen Australia memberi pandangan tentang kes Anwar Ibrahim kamu marah dan berdemo, adakah kamu tidak marah bila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia tahun 2009 pula memberi pandangan dan fatwa kepada kes Anwar Ibrahim?

Agak-agak Pemuda UMNO ada beranikah buat demo membantah terhadap Dr Yusof Al-Qaradawi?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/