SharpShooter Followers

Friday, March 12, 2010

Ezam pertikai keIslaman Nik Aziz


Raja Sesumpah...
Aku memang sudah menyampah...
Hang sudah jadi sampah...
Sudahlah Tipah...
Jangan tertipu lagi Tipah...
Ezam memang sampah...

Nazree Yunus - menjawab Ezam PDF Print E-mail
Written by Webmaster
Thursday, 11 March 2010
Image

Artikel mengenai kenyataan Ezam adalah pada capaian berikut – klik sini

www.umno-reform2.com telah disarankan oleh para pelayar untuk mendapatkan reaksi Nazree Yunus, Bekas Pengerusi Gerak yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat mengenai komen Ezam Mohd Nor dalam www.agendadaily.com. Dalam www.agendadaily.comEZAM MOHD NOR telah mempertikaikan keislaman Nik Aziz dalam isu liwat Anwar – satu pertikaian yang besar. www.umno-reform2.com telah menghubungi Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak setelah kami mendapat makluman bahawa serangan bekas Pengerusinya yang pertama Ezam Mohd Nor telah pun bermula. Apakah Nazree Yunus menyokong usaha-usaha itu atau beliau akan berada di sisi DSAI bagi mempertahankan serangan tersebut? Bagaimana pula pandangan Nazree Yunus terhadap kecaman Ezam Mohd Nor terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Nazree Yunus telah menjawab persoalan kami bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ezam Mohd Nor mengecam Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan DS Anwar Ibrahim. “ Saya sama sekali tidak bersetuju dengan serangan serta kecaman Ezam terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.” Kata beliau tegas apabila ditanya tentang pandangannya terhadap isu itu.

Beliau juga menambah bahawa jika Ezam mempertikaikan persoalan apakah Nik Aziz telah berjumpa Saiful ataupun tidak maka Ezam juga harus ditanya, apakah beliau pernah bertemu dengan Saiful ataupun tidak? Saya ingin menegaskan bahawa jika Ezam mempersoalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah bertemu ataupun tidak dengan Saiful, saya mahu tanya kepada Ezam, apakah beliau telah bertemu dengan Saiful?

Jika beliau telah bertemu Saiful maka apakah bukti yang telah Saiful berikan kepada beliau untuk mengesahkan perkara itu berlaku sehingga Ezam begitu yakin untuk membicarakan soal kebenaran kejadian itu dan mempersoalkan sokongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap DS Anwar Ibrahim?

Bilakah Ezam berjumpa Saiful? Sebelum atau selepas Saiful membuat laporan polis berhubung beliau diliwat? Ini saya mahu beliau jawab!.” soal Nazree Yunus apabila diminta membuat komentar berkaitan kecaman Ezam terhadap Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. “Ezam tidak wajar mempertikaikan keIsalaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apakah Ezam benar-benar tahu akan kebenaran tersebut?

Jika menurut Ezam dalam Islam kita perlu mendengar kedua-dua belah pihak, apakah Ezam telah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mendengar penjelasan daripadanya? Saya rasa beliau pun tidak bertemu dengan DS Anwar Ibrahim, jadi macam mana beliau boleh pertikai kedudukan ulama besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menyokong DS Anwar Ibrahim?” Permulaan proses pendakwaan juga telah pincang apatah lagi ini tuduhan liwat kedua terhadap DS Anwar Ibrahim, rakyat tidak boleh menerima tuduhan ini.” Tegas Nazree Yunus.

“ Kita wajar menyerahkan perbicaraan ini kepada mahkamah, namun bagi saya, proses pengadilan mahkamah itu perlu bersifat adil dan dilihat adil. Jika proses pendakwaan dilihat tidak adil maka inilah yang menyebabkan rakyat melihat adanya campur tangan politik atau konspirasi politik dalam pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim. Persepsi ini bukan oleh saya seorang bahkan seluruh rakyat Malaysia memakluminya.” Jawab Nazree Yunus. DS Anwar Ibrahim wajar diberikan ruang pembelaan yang secukupnya. Bukti-bukti bersabit perlu diberikan kepada tertuduh untuk membuat pembelaan. Rakyat dapat menilai kepincangan proses mahkamah dalam perbicaraan kes liwat ini. Untuk makluman semua sedia maklum bahawa bahan bukti kes tidak diberikan sepenuhnya dalam kes ini terhadap tertuduh, tayangan video CCTV yang ditayangkan di mahkamah juga hanya sebahagian yang dapat dipaparkan kerana kerosakan teknikal dan juga kes bertangguh ke 25 Mac ini kerana hakim yang telah memohon penangguhan.

Ditanya apakah beliau juga akan round satu Malaysia untuk jawab tuduhan Ezam. “Insyallah saya juga akan round satu Malaysia untuk jawab kecaman Ezam tersebut terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi kebenaran dan keadilan rakyat.”



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/