SharpShooter Followers

Tuesday, October 05, 2010

Katak Singh DAP di Perak

October 04, 2010
Keshvinder menunjukkan kenyataan media mengumumkan keluar DAP di Subang Jaya 15 Jun. — gambar fail

IPOH, 4 Okt — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M. Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lepas.

“Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak.

Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN. — Bernama

Sharpshooter :- Biarkan si luncai terjun dengan labu sayongnya. Bulan mudah menerima ujian dalam perjuangan. Hanya mereka yang bersemangat waja dan kental sahaja akan kekal dalam perjuangan.

Sekali tersilap langkah dalam politik, bermakna kita sudah menggali lubang kubur politik kita sendiri.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/