Azman Shah, 49, berkata, kelayakannya untuk bertanding bagi jawatan itu telah disahkan oleh pengurusan DPMPP setelah beliau menerima pencalonan lebih dari mencukupi kuota.
Pengarah syarikat Edaran Timur Jauh itu bertanding buat kali pertama manakala Rizal Faris pula akan mempertahankan jawatannya buat kali kedua.
Mesyuarat agung itu dijangka hangat apabila hampir kesemua kerusi jawatankuasa dewan itu ditandingi.
Bagi jawatan Timbalan Dipertua, seorang usahawan dan pakar bedah jantung, Datuk Dr Zainuddin Wazir akan mencabar penyandang, Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin manakala Datuk Dr Faldze Ariffin mencabar penyandang, Syed Hassan Syed Ali bagi jawatan Naib Yang Dipertua.
Siapakah Azman Shah? Beliau adalah adik kepada Amin Shah dan Arif Shah Adun Seberang Jaya.
Manakala Rizal Faris adalah anak kepada Mohideen Abdul Kader iaitu bekas calon Parti Keadilan Nasional di Dun Bayan Lepas pada tahun 1999. Beliau sebenarnya dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) tetapi bertanding atas tiket Parti Kedilan Nasional.
Rizal Faris adalah salah seorang penakut dan bacul untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat. Rizal Faris mengaku kepada YB Rayer dari DAP bahawa beliau berdemo tentang Guan Eng itu hanya politik semata-mata.
Kesimpulannya siapa menang pun serupa saja.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/